nota ekonomi ppt #copypaste
TRANSCRIPT
kmpp
1
BAB 1:PENGENALAN
MIKROEKONOMI
kmpp
2
Main Menu1. Objektif Pelajaran
3. Masalah Asas Ekonomi
5. Bidang Kajian Ekonomi
2. Definisi Mikroekonomi
4. Sistem Ekonomi
6. Aliran Pusingan Pendapatan dan PerbelanjaanSelamat Datang!
kmpp
3
Objektif Pelajaran:Pada akhir pelajaran, pelajar
dapat:
1. Menerangkan definisi dan skop kajian ilmu ekonomi.
2. Mengenalpasti punca-punca masalah asas ekonomi.
3. Menerangkan sumber-sumber ekonomi dan pengkelasan barang.
kmpp
4
Objektif Pelajaran:4. Menjelaskan masalah-masalah asas ekonomi.
5. Menguraikan konsep-konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas.
1.1 Definisi ekonomi
kmpp
5
Perkataan ekonomi berasal dari bahasa Greek iaitu ‘oikos’ dan ‘nomos’ yang bermaksud peraturan rumahtangga
1. Definisi ekonomi klasik Ahli-ahli ekonomi klasik seperti Adam Smith, F . A . Walker, David Ricardo, J.S.Mill dan J.B. Say mendefinisikan ekonomi sebagai kajian sains kekayaan.
Adam Smith mendefinisikan ekonomi sebagai kajian tentang sebab-sebab wujudnya kekayaan.
F.A. Walker menyatakan ekonomi adalah satu cabang ilmu yang bersangkut paut dengan kekayaan
kmpp6
kmpp
7
David Ricardo mendefinisikan ilmu ekonomi sebagai satu kajian tentang hukum pelbagai jenis golongan masyarakat
J.B. Say pula mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian tentang peraturan yang menentukan kekayaan J.S. Mill mendefinisikan ekonomi sebagai satu sains yang berhubung dengan pengeluaran hasil negara dan pengagihannya
Rumusan Definisi ekonomi klasik
Ahli-ahli ekonomi klasik menekankan ekonomi sebagai satu sains kekayaan dalam memenuhi keperluan manusia dan bagaimana cara-cara digunakan bagi mencapai kekayaan tersebut
kmpp8
2. Definisi ekonomi neo klasik
Ahli-ahli ekonomi neo – klasik diketuai oleh Alfred Marshall dan kemudiannya diikuti oleh ahli-ahli ekonomi lain seperti Edwin Cannan, A. C. Pigou dan William Beveridge
Alfred Marshall mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian tentang kelakuan manusia berhubung dengan cara mereka mendapatkan dan menggunakan kebendaan keperluankmpp9
kmpp
10
Edwin Cannan pula menyatakan matlamat ilmu ekonomi adalah untuk menerangkan faktor-faktor umum yang menentukan kabajikan material
A. C. Pigou pula menerangkan ilmu ekonomi ialah satu kajian untuk menambahkan jumlah pengeluaran bagi meninggikan taraf hidup
Willian Beveridge pula mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian tentang cara manusia bekerjasama bagi mendapatkan keperluan material mereka.
Rumusan Definisi ekonomi neo - klasik
Kesimpulannya, ahli-ahli ekonomi neo – klasik memberi penekanan kepada kebajikan manusia. Kekayaan material dianggap sebagai sumber kepada kebajikan manusia atau merupakan alat untuk mencapai matlamat dan bukannya kekayaan itu sendiri sebagai matlamatnya.
kmpp11
3. Definisi ekonomi moden Definisi ini lebih kepada kajian terhadap gelagat pengguna.
Ianya telah diketuai oleh Lionel Robbins yang mendefinisikan ekonomi ialah satu sains yang mengkaji tingkah laku manusia berhubung dengan kehendak mereka yang tidak terhad berbanding dengan punca-punca yang terhad dan mempunyai banyak pilihan kegunaan
kmpp12
kmpp
13
L. Robbins membuat definisi ini berdasarkan empat ciri asas kehidupan manusia iaitu:
i. Manusia mempunyai kehendak untuk dipenuhi.
ii. Alat (wang) bagi memenuhi kehendak tersebut adalah terhad.
iii. Sumber yang terhad digunakan untuk beberapa pilihan kegunaan.
iv. Manusia perlu membuat pilihan
Rumusan Definisi ekonomi moden
Kesimpulannya, ekonomi adalah merupakan satu kajian sains sosial yang mengutamakan bagaimana masyarakat memilih dan menggunakan sumber-sumber pengeluaran yang terhad serta banyak pilihan kegunaan bagi memenuhi kehendak-kehendak masyarakat yang tidak terbatas.
kmpp14
1.2 Definisi Mikroekonomi
kmpp
15
Antara teori-teori yang dikaji dalam mikroekonomi ialah teori harga, teori pengeluaran dan kos serta teori pengagihan
Mikroekonomi menjelaskan tentang bagaimana unit-unit kegiatan ekonomi di dalam pasaran menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
kmpp
16
Teori pengagihan - menjelaskan bagaimana harga (pendapatan) dan kuantiti faktor-faktor pengeluaran ditentukan.
Teori Harga - Atau teori penentuan keseimbangan di dalam pasaran barangan menghuraikan tentang bagaimana gelagat para pembeli dan penjual dalam menentukan tingkat harga dan kuantiti barangan.
kmpp
17
Teori pengeluaran dan kos - menerangkan bagaimana seorang pengeluar yang rasional menentukan jumlah pengeluaran yang memberikan keuntungan yang maksimum kepadanya serta gabungan faktor pengeluaran yang akan meminimumkan kos pengeluarannya.
kmpp
18
1. Apa dan berapa banyakkah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan.
kmpp
19
Wujud kerana kemampuan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh masyarakat adalah terhad
Oleh itu masyarakat terpaksa membuat pilihan di antara barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak.
1. Apa dan berapa banyakkah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan.
kmpp
20
Semakin banyak sesuatu barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh masyarakat, bermakna semakin banyak sumber ekonomi yang perlu digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan tersebut
2. Bagaimanakah cara mengeluarkan barang tersebut
kmpp
21
Setelah masyarakat menyelesaikan masalah apakah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak, sekarang ia perlu membuat keputusan tentang bagaimanakah cara mengeluarkan barang tersebut.
Ia boleh memilih kaedah pengeluaran yang berintensif buruh atau yang berintensif modal.
Kerana sumber-sumber ekonomi adalah terhad, maka kaedah yang dipilih mestilah boleh menghasilkan output yang maksimum dan kos pengeluaran yang minimum.
3. Untuk siapakah barang-barang dikeluarkan
kmpp
22
Untuk siapakah ia dikeluarkan? Adakah ianya untuk orang- orang miskin atau orang-orang kaya
Lazimnya dalam sebuah ekonomi moden, untuk siapakah barangan tersebut dikeluarkan adalah bergantung kepada bagaimana pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran ditentukan?
Mereka yang menerima pendapatan yang lebih tinggi akan menikmati lebih banyak barangan daripada mereka yang kurang mampu.
kmpp
23
Sumber Ekonomi / Faktor pengeluaran diperlukan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
1.4.1. Sumber asli
kmpp
24
Sumber asli merupakan satu anugerah alam kepada manusia seperti tanah, bahan galian, hasil laut dan hasil hutan
Penawarannya adalah terhad.
1.4.2. Buruh
kmpp
25
Buruh ialah orang yang bekerja dan mendapat upah
Dari segi kemahiran dan pendidikan, buruh dapat dibezakan kepada tiga golongan iaitu buruh tidak mahir, buruh terlatih dan buruh terdidik.
1.4.3.Modal
kmpp
26
Modal merupakan faktor pengeluaran yang meliputi benda atau alat yang diwujudkan oleh manusia dan digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan
Contoh modal ialah mesin dan alat-alat jentera yang digunakan untuk sesuatu proses pengeluaran.
1.4.4.Usahawan
kmpp
27
Usahawan merupakan seseorang yang menanggung kesemua risiko sesuatu perniagaan.
Seseorang usahawan berupaya menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan output yang tertentu.
kmpp
28
Barang adalah benda-benda sama ada benda nampak atau tak nampak yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan mereka atau mengeluarkan benda yang akan
memenuhi keperluan manusia
1.5.1. Barang percuma
kmpp
29
Barang percuma merupakan barang yang penawarannya adalah tidak terhad
Kos lepasnya adalah sifar
Barang percuma tidak mempunyai harga. Contohnya ialah udara
1.5.2. Barang ekonomi
kmpp
30
Barang ekonomi merupakan barang yang penawarannya adalah terhad
Barang ini mempunyai kos lepas dan harga yang tertentu
Kebanyakan barang yang ada dalam dunia ini adalah barang ekonomi. Contoh barang ekonomi ialah semua barang yang ada dalam pasaran seperti komputer, pakaian, makanan dan sebagainya.
1.5.3. Barang perantaraan
kmpp
31
Barang perantaraan ialah barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain
Biasanya barang ini diminta oleh pengeluar
Permintaannya dikenali sebagai permintaan berkait atau permintaan terbitan Contohnya ialah bahan-bahan mentah seperti getah, minyak kelapa sawit dan besi waja.
1.5.4. Barang pengeluar
kmpp
32
Barang pengeluar dikenali juga sebagai barang modal
Barang modal ialah barang yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Contoh barang modal ialah mesin, alat-alat jentera dan sebagainya.
1.5.5. Barang pengguna
kmpp
33
Barang pengguna dikenali sebagai barang siap atau barang akhir
Barang pengguna dapat digunakan terus oleh pengguna tanpa melalui pemprosesan
Contohnya ialah buku, baju, motosikal dan sebagainya.
1.5.6. Barang awam
kmpp
34
Barang awam merupakan barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian
Semua orang boleh menggunakannya, sama ada ia mampu bayar atau tidak
Contohnya ialah lampu jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya.
1.5.7. Barang persendirian
kmpp
35
Barang persendirian juga dikenali sebagai barang swasta atau barang milik individu
Orang yang mampu membayar sahaja yang boleh menggunakannya
Orang lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran pemiliknya.
1.6. Konsep pilihan dan kos lepas
kmpp
36
Disebabkan perbezaan di antara kehendak- kehendak manusia yang tidak terhad manakala sumber-sumber ekonomi yang terhad maka timbul masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.
1.6.1. Masalah kekurangan
kmpp
37
Masalah kekurangan wujud disebabkan faktor- faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan pengusaha adalah terhad dan tidak dapat memenuhi semua kehendak manusia yang tidak terhad.
Ini bermakna barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi adalah kurang daripada yang dikehendaki oleh manusia.
1.6.2. Masalah pilihan
kmpp
38
Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat pilihan. Manusia terpaksa membuat pilihan di antara barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
Apabila sesuatu barang dipilih dengan kuantiti yang banyak, ia terpaksa mengurangkan pengeluaran barangan lain.
1.6.3. Kos lepas
kmpp
39
Apabila manusia membuat pilihan, ini bermakna sama ada mereka memperolehi satu barang atau barang lain tetapi bukan kedua-duanya sekaligus.
Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan kerana untuk mendapatkan satu satu barangan yang lain.
kmpp
40KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS
KEKURANGAN
PILIHAN
Lepaskan Alternatif
Kedua terbaik
KOS
LEPAS
Pilih yang terbaik
Sumber terhad
Kehendak tak terhad
1.7. Keluk kemungkinan pengeluaran
kmpp
41
Keluk Kemungkinan Pengeluaran boleh didefinisikan sebagai satu keluk yang menunjukkan tingkat maksimum kombinasi dua barangan yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada pada tingkat teknologi tertentu.
1.7.1. Pembentukan KKP
kmpp
42
ANDAIAN:
1. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh 2. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan 3. Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah 4. Kuantiti dan kualiti sumber-sumber ekonomi adalah tetap
Jadual 1.7.1. Jadual kemungkinan pengeluaran
kmpp
43
Kemungkinan Pengeluaran
Mesin Basuh
Kereta
A 0 15
B 1 14 C 2 12
D 3 9
E 4 5 F 5 0
Rajah 1.7.1: Keluk kemungkinan pengeluaran
kmpp
44
Kereta
Mesin basuh
.Y
F 5
A15
D
3
9
E
4
5
0
.U
C
2
12
B
1
14
1.7.2. Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas
kmpp
45
Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran. Kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran diukur oleh kadar transformasi sut bagi satu barangan dengan barangan lain.
Kadar transformasi sut mengukur berapa banyak barang Y yang perlu dilepaskan untuk memperolehi seunit barang X.
Kadar transformasi sut bagi barang Y oleh X ditunjukkan oleh rumus berikut :
kmpp
46
di mana, QY = perubahan kuantiti barang Y QX = perubahan kuantiti barang X
QY MRTXY = QX
Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran:
kmpp
47
Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung mengambarkan kos lepas yang meningkat.
Setiap tambahan satu unit barang x, kuantiti barang Y yang perlu dilepaskan semakin bertambah.
Rajah 1.7.2: KKP berbentuk cembung
kmpp
48
Kereta
Mesin basuh1 2 3 4 5
1514129
5
0
Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran:
kmpp
49
Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bergaris lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan mengambarkan kos lepas yang malar.
Setiap tambahan satu unit barang X, kuantiti barang Y yang perlu dilepaskan adalah pada kadar yang sama.
Jadual 1.7.2: Jadual kemungkinan pengeluaran kos lepas malar
kmpp
50
Kemungkinan Pengeluaran
Barang x Barang Y
A 0 8
B 1 6 C 2 4
D 3 2
E 4 0
Rajah 1.7.3: KKP kos lepas malar
kmpp
51
Barang Y
Barang X0
8 A
1
6 B
2
4C
3
2 D
4E
1.7.3. Perubahan KKP
kmpp
52
Keluk kemungkinan pengeluaran akan berubah kesan daripada:
Pertambahan faktor-faktor pengeluaran
Kemajuan teknologi
1.7.3.1. Pertambahan faktor-faktor pengeluaran
kmpp
53
Pertambahan faktor-faktor pengeluaran seperti pertambahan jumlah penduduk, penemuan bahan-bahan galian baru dan kemasukan modal asing akan menyebabkan perubahan keluk kemungkinan pengeluaran.
Rajah 1.7.4: Peralihan KKP kesan daripada pertambahan faktor pengeluaran
kmpp
54
Kereta
Mesin basuh0 B
A
D
C
1.7.3.2. Kemajuan teknologi
kmpp
55
Kemajuan teknologi akan meninggikan daya pengeluaran.
Keluk kemungkinan akan berpindah ke kanan.
Rajah 1.7.5: Peralihan KKP kesan kemajuan teknologi bagi kedua-dua barang dgn kadar yang sama
kmpp
56
Kereta
Mesin basuh0 B
A
D
C
Rajah 1.7.6: Perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang
kmpp
57
Kereta
Mesin basuh0 B
A
C’
Rajah 1.7.7: Perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang
kmpp
58
Kereta
Mesin basuh0 B
A
C
Rajah 1.7.8: Perubahan dalam teknologi (dlm pengeluaran kereta lebih besar dp mesin basuh)
kmpp
59
Kereta
Mesin basuh0 B
A
D
C
Rajah 1.7.9: Perubahan dalam teknologi (dlm pengeluaran mesin basuh besar dp kereta)
kmpp
60
Kereta
Mesin basuh0 B
A
D
C
Perbincangan 1: ? …
kmpp
61
Barang Y
Barang X0 B
A
D
C
Perbincangan 2: ? …
kmpp
62
Barang Y
Barang X0 B
A
D
C
1.8. Sistem ekonomi
kmpp
63
Terdapat 4 sistem ekonomi utama yang diamalkan di dunia. Bentuk sistem ekonomi yang berbeza dalah disebabkan oleh ideologi, nilai kebudayaan dan politik penduduk negara tersebut.
Sistem ekonomi tersebut ialah ekonomi kapitalis ekonomi sosialis ekonomi campuran ekonomi Islam
konvesional
1.8.1. Sistem ekonomi kapitalis
kmpp
64
Sistem ekonomi kapitalis juga dikenali sebagai sistem ekonomi usaha bebas atau laizes faire. Setiap pengeluar mempunyai tujuan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Segala keputusan pengeluaran barang ditentukan oleh pasaran, iaitu kuasa permintaan dan kuasa penawaran. Kuasa permintaan dan penawaran ini berperanan sebagai mekanisme pasaran dalam menentukan, harga, jenis, jumlah dan untuk siapa sesuatu barang itu dikeluarkan
1.8.1.1. Ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis
kmpp
65
a. Kepentingan tingkat harga. b. Pemilikan swasta. c. Kerajaan tidak campur tangan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. d. Wujudnya persaingan. e. Wujudnya pelbagai barangan dan perkhidmatan.
1.8.1.2. Bagaimana masalah asas ekonomi diselesaikan?
kmpp
66
Semua masalah asas ekonomi diselesaikan oleh mekanisme pasaran.
Masalah apakah barang yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak jumlahnya akan ditentukan oleh kuasa pengguna.
Keseimbangan harga dan kuantiti akan tercapai apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran.
1.8.1.2. Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi kapitalis
kmpp
67
1. Kebajikan individu dan masyarakat dapat dimaksimumkan 2. Persaingan bebas memberi faedah kepada individu dan negara
3. Menggalakan perkembangan teknologi dan inovasi
4. Kecekapan penggunaan faktor pengeluaran
1.8.1.3. Kelemahan-kelemahan sistem ekonomi kapitalis
kmpp
68
1. Kegagalan menyediakan barangan awam 2. Mewujudkan ketidak setabilan ekonomi
3. Agihan pendapatan yang tidak setara
4. Mewujudkan kuasa monopoli
5. Kesan luaran yang negatif
1.8.2 Sistem ekonomi sosialis /perancangan pusat
kmpp
69
Semua kegiatan ekonomi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
Masyarakat tidak mempunyai kebebasan untuk menentukan corak kegiatan ekonomi yang dikehendaki.
Pengeluaran yang dihasilkan bukan bertujuan keuntungan sebaliknya untuk kepentingan masyarakat keseluruhan.
1.8.2.1. Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat
kmpp
70
a. Sistem pemilikan bersama.
b. Tidak mementingkan keuntungan mutlak.
c. Wujudnya lembaga perancangan ekonomi. d. Harga dan kuantiti barangan ditetapkan dan ditentukan oleh pihak kerajaan.
1.8.2.2. Bagaimana masalah asas ekonomi diselesaikan?
kmpp
71
Dalam sistem ekonomi ini semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan pusat. Masalah apa yang hendak dikeluarkan akan ditetapkan oleh kerajaan melalui badan perancangan ekonomi. Semua faktor pengeluaran dimiliki dan dikawal oleh kerajaan. Individu tidak dibenarkan memiliki harta kekayaan. Kerajaan akan menentukan bagaimana dan untuk siapa barangan dikeluarkan.
1.8.2.3. Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat
kmpp
72
1. Agihan pendapatan yang seimbang
2. Matlamat sosial diutamakan
3. Penggunaan sumber ekonomi yang cekap
4. Kestabilan ekonomi
1.8.2.4. Kelemahan-kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat
kmpp
73
1. Individu hilang kuasa memiliki harta kekayaan
2. Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat
3. Teknologi dan reka cipta terhad
4. Kelemahan perancangan
1.8.3. Sistem ekonomi campuran
kmpp
74
Sistem ekonomi di mana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi.
Dalam sistem ekonomi ini biasanya kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi yang penting sahaja. Masyarakat diberi kebebasan untuk menentukan kegiatan ekonomi yang ingin dijalankan melalui mekanisme harga.
1.8.3.2. Bagaimanakah masalah asas ekonomi diselesaikan
kmpp
75
Masalah apa dan berapa banyak kuantiti barangan yang akan dikeluarkan akan ditentukan oleh sektor swasta dan sektor kerajaan. Melalui undang-undang dan sistem perlesenan, kerajaan menentukan jenis dan kuantiti barang yang perlu dikeluarkan. Apabila wujud kelemahan mekanisma harga, kerajaan akan campur tangan. Campurtangan kerajaan bertujuan untuk menjaga kebagikan masyarakat.
1.8.3.3. Bentuk-bentuk campur tangan kerajaan
kmpp
76
1. Dasar fiskal
Dasar fiskal merujuk kepada dasar pencukaian dan perbelanjaan kerajaan. Tujuan kutipan cukai ialah untuk mendapatkan hasil kepada kerajaan dan juga untuk mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan. Perbelanjaan kerajaan secara langsung dapat membekalkan kemudahan asas dan penubuhan perusahaan awam.
kmpp
77
2. Penggubalan peraturan dan undang-undang
Penggubalan peraturan dan undang-undang diperlukan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Selain dari itu ia juga bertujuan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Contoh Malaysia, Akta Syarikat 1965, Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Pekerja 1968 dan akta Buruh 1968.
kmpp
78
3. Dasar kewangan Dasar kewangan dijalankan oleh bank pusat yang bertujuan mengawal penawaran wang dalam pasaran. Dasar kewangan – dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif Dasar kewangan kuantitatif – mempengaruhi dan mengawal jumlah bekalan wang dalam ekonomi. Dasar kewangan kualitatif– mempengaruhi dan mengawal bentuk dan corak pinjaman serta pelaburan oleh institusi kewangan.
1.8.4. Sistem ekonomi Islam
kmpp
79
ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras kehendak-kehendak syariat dalam memperoleh, mengguna atau mengurus sumber – sumber alam untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredaan Allah. Islam menangani perekonomian ini berdasarkan akidah yang kukuh.
Rezeki yang Allah sediakan di alam ini adalah mencukupi untuk seluruh makhluk Nya.
1.8.4.1. Objektif ekonomi Islam
kmpp
80
Objektif utama kegiatan ekonomi Islam adalah pencapaian Al-Falah
Selain itu objektif sampingan ialah:
1. Kesejahteraan ekonomi. 2. Kecekapan dan ketenangan hidup.
3. Penggunaan sumber yang optimum, pengeluaran yang banyak, peminimuman jurang agihan pendapatan, harta, kekayaan dan pembangunan serta penyediaan kemajuan dan pembangunan ekonomi.
1.8.4.2. Sumber perundangan ekonomi Islam
kmpp
81
1. Sumber-sumber utama - Al-Quran, As Sunnah
2. Sumber-sumber Ambilan -
Ia terdiri daripada sumber-sumber lain selain daripada Al Quran dan As Sunnah, sama ada dalam bentuk ijmak, qias, perjalanan sahabat, ijtihad, uruf dan lain-lainnya yang semuanya tidak lari dari roh sumber asalnya iaitu Al Quran dan As Sunnah.
1.8.4.3. Asas ekonomi Islam
kmpp
82
1. Konsep Tauhid
2. Konsep Rububiyah
3. Konsep Tazkiyah
4. Manusia sebagai Khalifah
5. Persaudaraan dan pengorbanan
1.8.4.4. Syarat aktiviti perekonomian sebagai ibadah
kmpp
83
1. Akidah mesti betul
2. Niat mestilah betul
3. Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam
4. Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam 5. Natijahnya betul dan memberi faedah keperluan ramai 6. Tidak meninggalkan ibadat wajib
1.8.4.6. Ciri-ciri ekonomi Islam
kmpp
84
1. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dari keseluruhan sistem hidup Islam -
Kegiatan ekonomi dalam Islam bersifat pengabdian.
Berekonomi untuk mencapai cita-cita luhur. Pengawasan atas aktiviti ekonomi.
2. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat Islam tidak mengorbankan kepentingan individu demi kepentingan ramai dan sebaliknya
1.8.4.7. Pengkelasan barang mengikut Islam
kmpp
85
1. Keperluan untuk hidup (Daruriyat).
2. Keperluan asas.
3. Barangan kesenangan.
4. Barang mewah.
5. Barang merbahaya/merosakkan.
1.9. Bidang kajian ekonomi
kmpp
86
1.9.1. Bidang kajian mikroekonomi
Bidang mikroekonomi tertumpu kepada kajian terhadap perlakuan unit-unit ekonomi yang terdiri daripada isirumah dan firma.
Kajian mengenai pengguna dilakukan melalui teori permintaan dan teori perlakuan pengguna, manakala kajian mengenai pengeluar pula melibatkan kajian teori penawaran, teori kos dan teori pengeluaran.
1.9.2. Bidang kajian makroekonomi
kmpp
87
Makroekonomi merupakan pengkajian tentang kegiatan seluruh ekonomi serta interaksi antara sektor-sektor utama dalam ekonomi berkenaan.
Ia menumpukan perhatian terhadap pembolehubah- pembolehubah seperti jumlah keluaran atau pendapatan negara, tingkat guna tenaga dan kadar pengangguran serta kadar inflasi dalam sesebuah ekonomi.
kmpp
88
Teori makroekonomi meliputi analisis-analisis yang menerangkan tentang tiga perkara berikut iaitu:
Penentuan tingkat kegiatan ekonomi negara dan faktor-faktor utama menentukan tingkat kegiatan ekonomi yang dicapai.
Masalah-masalah makroekonomi yang selalu dihadapi sesuatu negara.
Bentuk-bentuk dasar kerajaan yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah makroekonomi yang dihadapi.
1.10. Aliran pusingan pendapatan dan perbelanjaan (dua sektor)
kmpp
89
ISI RUMAH FIRMA
(Y) Pendapatan kpd input
tawarkan input
barang/perkhidmatan
(C) Perbelanjaan isi rumah
kmpp
90