wasiat wajibah: satu sorotan terhadap enakmen …ir.uitm.edu.my/id/eprint/26713/1/aj_asjad mohamed...
TRANSCRIPT
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 124
WASIAT WAJIBAH: SATU SOROTAN TERHADAP ENAKMEN
WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA
Asjad Mohamed 1
, Marbawi Taha2, Muhammad Kamal Azman Jusoh
3, &
Norhapizah Mohd Burhan4
ABSTRAK
Wasiat wajibah merupakan istilah kontemporari bagi sejenis
bentuk pelaksanaan wasiat pada masa kini. Bagaimanapun,
kebanyakan sarjana Islam telahpun membincangkan
mengenai asasnya secara terperinci berdasarkan kepada
pelbagai aliran mazhab fiqh. Ini kerana isu wasiat tersebut
menyentuh realiti kes yang berlaku dalam kalangan
masyarakat. Pada kebiasaannya, pihak yang terlibat dan
berhak mendapat pembelaan melalui peruntukan wasiat dari
bahagian harta pusaka berkaitan, tidak mengetahui tentang
hak ini. Ia kurang diketahui ramai kerana pelaksanaannya
masih belum popular dalam kalangan masyarakat. Di
samping, terdapat beberapa polimik dan isu berkenaan peruntukan undang-
undang berkaitan dalam Enakmen Wasiat Orang Islam. Kertas kerja ini
bertujuan mengkaji perkembangan peruntukan undang-undang mengenai wasiat
wajibah khususnya dalam Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia. Selain,
menganalisis peruntukan sedia ada, sama ada menepati matlamat pensyariatan
wasiat wajibah dan selari dengan pandangan Mazhab al-Shafi’i atau qawl al-
rajih dari mazhab muktabar ataupun sebaliknya. Begitujuga, untuk melihat
perkembangan terkini mengenai penambahbaikan enakmen berkaitan wasiat
wajibah serta aspek yang masih perlu dibuat pemantapan. Bagi merungkai
persoalan-persoalan tersebut, perbincangan dalam kertas kerja ini menumpukan
kepada dua aspek utama. Pertama, berkenaan kedudukan wasiat wajibah dalam
syariat Islam. Kedua, mengenai perubahan dan pindaan terkini berhubung isu
wasiat wajibah dalam peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia.
Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dan kajian kepustakaan. Hasil
daripada kajian ini dapat menentukan hukum-hakam yang lebih tepat berkenaan
isu wasiat wajibah seterusnya membantu mengukuhkan kefahaman pelaksanaan
bentuk wasiat tersebut dalam kalangan masyarakat. Selain, menyingkap beberapa
1Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA
Cawangan Pahang, [email protected] 2Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA
Cawangan Pulau Pinang, [email protected] 3 Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA
Cawangan Pahang, [email protected] 4 Senior Lecturer, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), University Teknology MARA
Cawangan Pahang, [email protected]
E-JITU
Acceptence date:
1st July 2019
Valuation date:
22nd July 2019
Publication date:
30th Oct 2019
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 125
perkembangan terkini peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam di Malaysia
berkenaan isu kajian.
Kata Kunci: Wasiat, Wajibah, Enakmen Wasiat, Orang Islam.
PENDAHULUAN
Wasiat wajibah merupakan terma baru yang dipopularkan dalam konteks ilmu
wasiat Islam. Secara asasnya, wasiat adalah tindakan ikhtiyāriyyah iaitu tindakan
yang dilakukan atas pilihan dan kemahuan sendiri dan bukan tuntutan wajib oleh
syarak. Namun, wasiat wajibah dalam konteks kajian adalah merujuk kepada suatu bentuk wasiat yang diperundangkan dan dilaksana oleh kebanyakan negara
Islam pada masa kini. Kajian menumpukan perbincangan kepada perkembangan
dan pindaan terkini peruntukan enakmen berhubung isu wasiat wajibah. Selain,
mengenalpasti beberapa isu berkaitan wasiat wajibah yang menimbulkan
persoalan dan memerlukan kepada penjelasan lanjut.
KAJIAN LITERATUR
Secara umumnya, berdasarkan kepada tinjauan penulis, didapati kajian terperinci
dan spesifik mengenai Wasiat Wajibah: Satu Sorotan Menurut Enakmen Wasiat
Orang Islam di Malaysia masih belum dilakukan oleh para penyelidik.
Namun, terdapat beberapa kertas kerja prosiding telah disediakan oleh ahli
akademik yang menyentuh isu lain bagi wasiat seperti “Kedudukan Wasiat
Kepada Waris di Negara-negara Islam oleh Mohd Ridzuan Awang dan Noor
Lizza Mohamed Said” (Mohd Zamro, 2008). Kertas kerja ini menghuraikan
mengenai pengertian wasiat, dalil-dalil pensyariatannya, hukum, perkara asas
dalam wasiat, kadar wasiat, pandangan fuqaha secara ringkas mengenai wasiat
kepada waris, penolakan hujah-hujah Syiah Imamiyyah dan tumpuan kajian
diberikan lebih kepada kedudukan wasiat kepada waris di beberapa negara Islam.
Selain itu, Amir Fazlin Yusoff dan Md Yazid Ahmad membuat kajian
mengenai tajuk “Kewajipan Berwasiat kepada Kaum Kerabat: Antara Naskh dan
Kompromi” (Mohd Zamro, 2008). Kajian ini menjelaskan tentang kewajipan
berwasiat menurut pandangan para fuqaha, analisis pendapat para fuqaha serta
hujah-hujah mereka dan amalan wasiat kepada kerabat yang tidak mewarisi.
Begitujuga, kajian oleh Jasni Sulong yang bertajuk “Wasiat kepada Waris:
Pembaharuan Undang-undang dan penggubalan di Selangor” (Jasni, 2005).
Perbincangan dalam kajian ini lebih berkait rapat dengan topik kajian penulis.
Walaubagaimanapun sudut pandangnya agak berbeza dengan pandangan
kebanyakan ahli akademik berkenaan keharusan peruntukan wasiat kepada waris
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 126
yang terbatas kepada 1/3 harta. Beliau menganggap hal ini sebagai perkembangan
positif dan satu keluasan kepada pelaksanaan undang-undang wasiat Islam.
PENGERTIAN WASIAT WAJIBAH MENURUT PERUNDANGAN
ISLAM
Wasiat wajibah menurut perundangan Islam mempunyai pengertian tersendiri.
Istilah wasiat wajibah yang dimaksudkan ialah wasiat yang diwajibkan oleh kuasa
perundangan terhadap harta pusaka seseorang. Harta wasiat yang diwajibkan itu
diberikan kepada waris (cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan terdinding
(maḥjūb) oleh pihak waris yang lain (Al-Ṭanṭāwiy, 1989; Mohd Zamro et. al,
2008; Nasrul Hisyam, 2012).
Gambaran bagi kes ini ialah bahagian daripada harta pusaka seorang datuk
yang meninggal dunia wajib diberikan kepada cucu daripada anaknya kerana
anaknya itu (bapa kepada cucu tersebut) meninggal dunia terlebih dahulu. Wasiat
wajibah pada hakikatnya bukan seperti wasiat biasa. Ia menyerupai sebahagian
makna pusaka. Wasiat ini menjadi wajib sekadar satu pertiga dari harta pusaka
(Al-Zuḥayliy, 1998).
KEDUDUKAN WASIAT WAJIBAH DALAM SYARIAT ISLAM
Sebagaimana pandangan jumhur fuqaha, bahawa sunat melakukan wasiat dari
segi syarak (Al-Sarakhsiy, 2001; Al-„Ainiy 2000; Al-Ṭūriy, 1997; Al-Haṭṭāb,
1995; Al-Kandahlawiy, 2003; Al-Nawawiy, t.t; Al-Sharbīniy, 1998; Ibn
Qudāmah, 1994; Al-Bahūtiy, 2002; Al-Sa‟diy, 1997; Al-Bahūtiy, Manṣūr, 1997).
Ia boleh bertukar menjadi hukum taklīfī yang lain mengikut situasi tertentu
termasuklah menjadi wajib jika melibatkan wasiat untuk melunaskan hutang dan
seumpamanya. (Al-Khurashiy, 1997; Al-Kandahlawiy, 2003; Al-Bassām, 2005;
Al-Sayyid Sabiq, 1987).
Namun, dalam konteks perundangan, kerajaan atau pihak pemerintah
berautoriti menetapkan sesuatu wasiat melalui kuasa perundangan dalam bentuk
yang baru seperti wasiat wajibah. Wasiat ini dilaksana berdasarkan kepada
undang-undang melalui sistem kehakiman dan tidak terikat dengan pilihan
pewasiat. Ini bererti hakim berkuasa memutuskan pelaksanaan wasiat wajibah
daripada harta si mati untuk diberikan kepada pihak yang berhak menurut
peruntukan undang-undang walaupun tidak diminta oleh pewasiat (Al-Jabūriy,
2008).
Wasiat wajibah diterima pakai berdasarkan kepada beberapa alasan
antaranya ialah prinsip al-siyāsah al-shar’iyyah:
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 127
، ومىت أمر بو وجبت طاعتواملباح ملا يراه من املصلحة العامةبأمر ي أنويل األمر لن أMaksudnya: Sesungguhnya pemerintah boleh memerintahkan sesuatu yang harus
kerana terdapat kemaslahatan umum, dan apabila beliau memerintahkannya
nescaya wajib mentaatinya (Al-Suraytiy, 1997; Muḥammad Kamāl al-Dīn, 1998).
Prinsip ini terbina di atas kaedah Fiqh:
تصرف اإلمام على الرعية منوط باملصلحةMaksudnya: Tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada
maslahat (Al-Suyūṭiy, 1998; Al-Būrnū, 1983).
Oleh itu, tindakan pihak kerajaan memperuntukkan undang-undang wasiat
wajibah merupakan langkah memelihara kemaslahatan pihak benefisiari yang
terdiri daripada kalangan cucu si mati.
Selain itu, pelaksanaan wasiat wajibah ini merupakan ijtihad yang efektif
bagi menyelesaikan kes cucu kematian ayah yang terhalang (maḥjūb) daripada
menerima pusaka datuk disebabkan kewujudan bapa saudara. Pada kebiasaannya,
cucu-cucu tersebut hidup dalam situasi yang susah, miskin dan memerlukan.
Mereka menanggung dua bentuk penderitaan iaitu kesukaran hidup sebagai anak
yatim dan kemiskinan. Justeru, secara tidak langsung melalui pelaksanaan wasiat
wajibah dapat membela mereka dan menegakkan konsep pengagihan kekayaan
dalam Islam yang berasaskan keadilan (Al-Zuḥayliy, 1989; Wan Abdul Fattah,
2007). Di samping itu, ia dapat merealisasikan objektif syariat untuk
memperkukuhkan hubungan dan kasih sayang sesama keluarga serta
menghilangkan perasaan dengki dalam diri (Al-Jabūriy, 2008).
Bagaimanapun, penerimaan dan pelaksanaan wasiat wajibah tidak
bermaksud untuk mempermainkan hukum harta pusaka sebagaimana dakwaan
sebahagian ulama yang membantah. Ini kerana ia merupakan sejenis wasiat yang
khusus dan mempunyai kawalan melalui hukum-hakam tersendiri yang berbeza
dengan pusaka (Al-Jabūriy, 2008).
KEDUDUKAN WASIAT WAJIBAH DALAM ENAKMEN WASIAT
ORANG ISLAM DI MALAYSIA
Wasiat wajibah ialah wasiat qanūniyyah iaitu wasiat yang telah diwajibkan
melalui peruntukan undang-undang. Kewajipannya diperintahkan oleh undang-
undang dengan memberi bahagian daripada harta pusaka datuk kepada cucu yang
kematian bapa terlebih dahulu atau kematian bapa serentak dengan datuknya.
Wasiat tersebut diperuntukkan untuk cucu yang terhalang (maḥjūb) daripada
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 128
menerima bahagian harta pusaka datuknya disebabkan oleh kewujudan bapa atau
ibu saudara (Nasrul Hisyam, 2012; Siti Mashitoh, 2012; Jasni, 2011; Mohd Zamro
et. al 2008).
Umumnya, wasiat wajibah telah dikanunkan dalam undang-undang
bertulis di kebanyakan negara Islam. Bagaimanapun, di Malaysia ia mula
dikuatkuasakan di negeri Selangor pada tahun 2004 melalui Seksyen 27,
Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999. Kemudian, disusuli oleh tiga buah
negeri iaitu Negeri Sembilan (Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004), Melaka (Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Melaka) 2005) dan Kelantan (Seksyen 27, Enakmen Wasiat Orang Islam
Kelantan 2009).
Sementara, peruntukan undang-undang wasiat wajibah di negara-negara
Islam yang lain diperkenalkan lebih awal dengan bermula di negara Mesir pada
tahun 1946 melalui undang-undang khusus iaitu Qanūn al-Waṣiyyah (Qānūn al-
Waṣiyyah (No. 71/1946). Kemudiannya diikuti oleh negara-negara Islam lain di
Timur Tengah yang turut mengkanunkan undang-undang ini seperti Syria 1953,
Maghribi 1957, Tunisia 1959, Kuwait 1971, Libya 1972, Jordan 1976, dan
Emiriah Arab Bersatu 1987 (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro et. al, 2008; Al-
Shudaifāt, 2007).
Kajian ini membincangkan dari aspek peruntukan enakmen wasiat orang
Islam di Malaysia. Bagaimanapun, sehingga kini enakmen khas bagi wasiat orang
Islam di Malaysia hanya terdapat di empat buah negeri sahaja, sebagaimana yang
telah dibincangkan di atas. Walaubagaimanapun, di Wilayah persekutuan hanya
terdapat Rang Undang-undang Wasiat Orang Islam (2001) yang masih belum
diluluskan oleh Parlimen. Manakala di negeri-negeri lain, sekadar berpandukan
peruntukan umum dengan merujuk kepada hukum syarak dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah yang terkandung dalam enakmen induk seperti dalam Akta
pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Sheikh
Ghazali, 2009; Ismail, 2009; Mohd Ridzuan, 2008).
PERKEMBANGAN PERUNTUKAN WASIAT WAJIBAH DALAM
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA
Terdapat bahagian khusus berhubung peruntukan wasiat wajibah dalam Seksyen
27, Enakmen Wasiat Orang Islam di Selangor 1999, Negeri Sembilan 2004,
Melaka 2005 dan Kelantan 2009 iaitu Bahagian VIII. Peruntukan berkenaan
menyatakan seperti berikut: (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro et. al, 2008).
27. (1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada
cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 129
daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu
hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan, sekiranya
cucu itu diberi dengan kadar yang kurang dari satu pertiga,
haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah
yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.
(2) Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam
subseksyen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak
daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu
mati selepas kematian datuknya:
Dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada
harta pusaka simati.
(3) Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat
sekiranya dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya,
mengikut mana berkenaan, atau datuk atau neneknya semasa
hayatnya, dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat
wasiat kepada mereka atau telah memberi kepada mereka harta
yang bersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima
menurut wasiat wajibah:
Dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu
kurang daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak, haknya hendaklah
ditambah sewajarnya dan jika bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang
dia berhak, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat sukarela dengan
tertakluk kepada persetujuan waris.
Peruntukan ini menjelaskan mengenai tiga perkara utama yang berkaitan
dengan pelaksanaan wasiat wajibah iaitu benefisiari wasiat, kadar dan syaratnya.
Bagi persoalan benefisiari, ia sekaligus menerangkan tentang pengertian wasiat
wajibah. Pihak yang dikhususkan sebagai benefisiari wasiat tersebut ialah cucu
dari sebelah anak lelaki yang tidak mendapat bahagian daripada harta pusaka
datuk kerana bapa kanak-kanak tersebut mati lebih awal daripada datuknya atau
mati bersama-sama dan tidak dapat dipastikan siapa yang mati dahulu seperti
dalam kejadian lemas, kebakaran atau kemalangan jalanraya. Oleh kerana waris
lain yang lebih kuat seperti anak lelaki dan anak perempuan kepada datuk yang
ada menjadi faktor penghalang kepada cucu tersebut dari mendapat bahagian
harta pusaka yang layak diperolehi bapanya. (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro
et. al, 2008).
Berdasarkan enakmen, benefisiari wasiat wajibah dalam peruntukan
tersebut hanya dikhususkan kepada cucu daripada sebelah anak lelaki sahaja.
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 130
Cucu daripada sebelah anak perempuan yang berada dalam situasi yang serupa
tidak diberi kedudukan yang sama oleh undang-undang. Pengecualian cucu dari
sebelah anak perempuan daripada menerima wasiat wajibah adalah berasaskan
kepada kedudukannya dalam pembahagian harta pusaka sebagai dhawi al-arḥām.
(Dhawi al-arḥām ialah waris yang tidak berhak mendapat pusaka kerana si mati
masih meninggalkan waris ashab al-furud dan asabah. Mereka juga adalah kaum
kerabat yang tidak mewarisi harta pusaka melalui fardu atau asabah. Golongan
waris arham ini merupakan golongan terakhir sekali berhak mendapat harta
pusaka iaitu setelah tiada lagi sebarang ahli waris dari ashab al-furud dan asabah)
(Al-Bakri, 2011; Nasrul Hisyam, 2012; Abdul Rashid, 2002; „Abd al-Karīm, t.t;
Nabīl ,1992; Muḥammad Sirāj, 1992; Al-Shafi‟i, 1983). Ini adalah pandangan
Mazhab Shafi‟i yang terpakai di Malaysia.
Tetapi, hal ini secara tidak langsung boleh mendatangkan kekeliruan
kepada masyarakat umum yang tidak mengetahui ilmu fiqh bahawa pengurusan
harta pusaka Islam hanya memberi perhatian kepada satu golongan waris dan
mengabaikan yang lain. Pada kebiasaannya, cucu dari sebelah anak perempuan
turut menghadapi kesukaran hidup sebagai anak yatim yang miskin kerana
kehilangan tempat bergantung iaitu bapa yang bertanggungjawab menyara
keluarga. Justeru, peruntukan itu ternyata bertentangan dengan fatwa dari
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-83, pada 18-24 Oktober
2008 di Kelantan yang menentukan wasiat wajibah perlu diberikan kepada cucu
dari anak perempuan. Fatwa seumpama ini juga dikeluarkan oleh Syekh Ḥasanain
Makhlūf, mantan Mufti Mesir yang bersetuju dengan pelaksanaan wasiat wajibah
(Abū Zahrah, 1988; Ḥasanain Muḥammad Makhlūf, 1965; Al-Bakri, 2011;
Zaqzūq, 1997). Ia bertujuan memelihara kebajikan setiap waris dan menegakkan
prinsip al-‘adl (keadilan) yang terkandung dalan nas-nas al-Quran.
Bagaimanapun, isu berkaitan benefisiari wasiat wajibah yang timbul
dalam peruntukan Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999
telah selesai dengan berlaku pindaan terhadap peruntukan tersebut dan
menggantikannya dengan Seksyen 27 yang baru (Enakmen Wasiat Orang Islam
(Selangor) (Pindaan) 2016):
27. (1) tertakluk kepada Subseksyen (2), jika seorang datuk atau
nenek mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucu daripada
anak lelakinya atau anak perempuannya yang mati terlebih dahulu
daripada datuk atau nenek itu atau yang mati serentak dengan
datuk atau nenek itu, cucu itu berhak mendapat wasiat wajibah.
Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa benefisiari yang berhak
mendapat wasiat wajibah tidak lagi dikhususkan kepada cucu dari anak lelaki
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 131
yang mati terlebih dahulu daripada datuk atau nenek, malah merangkumi juga
cucu dari anak perempuan.
Namun, pindaan dan penambahbaikan terhadap peruntukan berkenaan
benefisiari wasiat wajibah tersebut masih perlu dilakukan di tiga buah negeri lain
yang mempunyai Enakmen Wasiat Orang Islam tersendiri, iaitu Negeri Sembilan,
Melaka dan Kelantan.
Manakala, berhubung kadar wasiat wajibah yang disebut dalam
peruntukan Seksyen 27 (1) dan (2) Enakmen Wasiat Orang Islam tersebut ialah
setakat bahagian yang berhak diperolehi oleh anak lelaki atau bapa kepada kanak-
kanak tersebut daripada harta pusaka datuknya. Bahagian ini ditentukan berdasar
kepada kadar pusaka yang layak diterima sekiranya dia (bapa) masih hidup
dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati (datuk)
(Mohd Zamro et.al, 2008; Nasrul Hisyam, 2012; Hasanain Muhammad Makhluf,
1965; Zaqzuq, 1997).
Sementara, syarat bagi pelaksanaan wasiat wajibah yang diperuntukkan
dalam Seksyen 27(3) pula terdapat dua perkara iaitu; pertama, cucu tersebut
bukan dalam kalangan waris yang berhak mendapat sebarang bahagian harta
pusaka si mati. Kedua, selama hayat si datuk tidak pernah memberi harta kepada
cucunya menyamai kadar wasiat wajibah (Wan Abdul Fattah, 2007). Syarat ini
bermaksud tiada pemberian yang pernah diberikan secara percuma dan rela hati
seperti hibah, wakaf dan wasiat. Manakala pemberian harta kepada cucu yang
berbentuk mu’āwaḍāt (pertukaran) seperti jual beli, tidak diambil kira dan tidak
menghalang pelaksanaan wasiat wajibah. Walaubagaimanapun, jika pernah
berlaku pemberian sukarela seperti wasiat, maka kadarnya dinilai mengikut
bahagian harta pusaka yang layak diperolehi bapanya. Sebarang kekurangan yang
berlaku, ditampung dan disempurnakan melalui jalan wasiat wajibah. Manakala
bahagian yang melebihi kadar tersebut pula memerlukan kepada keizinan para
waris yang lain untuk dikategorikan sebagai waṣiyyah ikhtiyāriyyah (wasiat
sukarela) (Nasrul Hisyam, 2012; Mohd Zamro et. Al, 2008; Zaqzūq, 1997).
Bagaimanapun, berkenaan persoalan kadar wasiat wajibah yang disebut
dalam peruntukan Seksyen 27 (1) dan (2) serta syarat pelaksanaannya yang
diperuntukkan dalam Seksyen 27(3) Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor)
1999 telah berlaku pindaan dengan menggantinya dan mewujudkan Seksyen 27
yang baru iaitu Seksyen 27(2) Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor)
(Pindaan) 2016, berhubung syaratnya:
27. (2) Pelaksanaan wasiat wajibah yang disebut dalam Subseksyen (1)
hendaklah memenuhi syarat seperti yang berikut:
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 132
a) cucu itu bukan waris kepada harta pusaka datuk atau nenek yang mati;
b) bapa atau ibu kepada cucu itu beragama Islam pada saat kematiannya;
c) cucu itu tidak terlibat dengan pembunuhan datuk atau nenek yang mati; dan
d) cucu itu tidak menerima harta daripada datuk atau nenek yang mati sama ada melalui hibah atau wasiat atau lain-lain pemberian mengikut
kadar wasiat wajibah yang selayaknya diterima oleh cucu itu.
Sementara, peruntukan Seksyen 27A pula diwujudkan dalam Enakmen
Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016, untuk menjelaskan tentang
kadar wasiat wajibah:
27A. (1) Kadar wasiat wajibah bagi cucu yang berhak hendaklah
mengikut bahagian faraid bapa atau ibunya yang layak diterima oleh
bapa atau ibunya jika mereka masih hidup dan hendaklah tidak melebihi
satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati.
(2) kadar wasiat wajibah adalah seperti yang berikut:
a) jika kadar bahagian faraid bapa atau ibu kepada cucu itu kurang daripada satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati,
kadarnya hendaklah mengikut kadar bahagian faraid tersebut.
b) jika kadar bahagian faraid bapa atau ibu kepada cucu itu melebihi daripada satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati,
kadarnya hendaklah dihadkan kepada satu pertiga daripada harta pusaka
itu melainkan jika mendapat persetujuan daripada waris datuk atau nenek
yang mati itu;
c) jika datuk atau nenek yang mati itu telah mewasiatkan kepada cucunya mengikut Subseksyen 27(4) dengan kadar yang melebihi bahagian faraid
bapa atau ibunya daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati itu
tetapi tidak melebihi satu pertiga lebihan tersebut dikira sebagai wasiat
ikhtiyariyyah yang berhak diterima oleh cucu itu tanpa perlu mendapat
persetujuan daripada waris datuk atau nenek yang mati itu; atau
d) jika datuk atau nenek yang mati telah mewasiatkan atau menghibahkan atau memberikan harta melalui apa-apa pemberian kepada cucu itu
mengikut Subseksyen 27(4) dengan kadar yang kurang daripada bahagian
faraid bapa atau ibunya dalam harta pusaka datuk atau nenek yang mati
itu, kadarnya hendaklah mengikut kadar wasiat wajibah.”
Selain itu, peruntukan berkenaan wasiat wajibah tidak menyentuh
beberapa aspek berkaitan, umpamanya berhubung persoalan umur cucu yang
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 133
layak menjadi benefisiari wasiat wajibah. Adakah semua cucu tanpa terikat
dengan had umur tertentu layak menjadi benefisiari atau hanya terhad kepada
kanak-kanak yang masih belum baligh atau belum mencapai umur 18 tahun? Isu
sebegini pernah berlaku seperti kes yang telah difailkan oleh seorang cucu
perempuan berumur 46 tahun, Akmar binti Aminuddin daripada anak lelaki
kepada Meor Ahmad bin Meor Yusof @ Yusof pada 14 Mei 2012. Plaintif
mendakwa bahawa beliau berhak mendapat bahagiannya daripada harta
peninggalan si mati melalui wasiat wajibah kerana berdasarkan kepada
peruntukan dalam Seksyen 27 (1), Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999
adalah merujuk kepada cucu tanpa mengira had umur (Berdasarkan Ringkasan
Hujahan Bertulis Plaintif yang difailkan oleh Tetuan Termizi & Co. Desa
Melewati, Ulu Klang, Kuala Lumpur).
Manakala pihak defendan iaitu Amanah Raya Berhad yang merupakan
pentadbir harta si mati pula mengatakan bahawa maksud “kanak-kanak” menurut
Seksyen 27 (2) dan (3) dalam enakmen tersebut adalah merujuk kepada seseorang
yang di bawah umur lapan belas tahun berdasarkan kepada Seksyen 2 Akta
Tafsiran 1948 dan 1967 dan Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001(Akta 611).
Dengan ini, secara langsungnya menafikan kelayakan pihak plaintif daripada
memperolehi bahagian melalui wasiat wajibah kerana melebihi umur tersebut
(Berdasarkan Penghujahan ringkas defendan yang difailkan oleh Tetuan Ram
Reza & Muhammad, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Ruj:
RRM/B/SY/2095/ARB/HCH). Bagaimanapun kes ini tidak mempunyai keputusan
kerana pihak plaintif telah menarik balik tuntutannya.
Bagi kes seperti ini, meskipun objektif pelaksanaan wasiat wajibah ialah
untuk membela cucu yang menjadi anak yatim, tetapi tidak bermakna sehingga
perlu menafikan hak cucu yang telah dewasa. Wasiat wajibah sebenarnya
merupakan suatu bentuk wasiat yang menyerupai sebahagian maksud pewarisan
harta pusaka (Al-Zuhayli, 1998). Justeru, dalam konteks pembahagiannya
mengikut faraid tidak membeza-bezakan tahap umur benefisiari sama ada masih
kanak-kanak atau sudah dewasa, senang ataupun susah. Dalam erti kata lain,
kelayakan untuk menerima bahagian harta pusaka tidak melihat kepada
kedudukan waris sama ada senang atau sebaliknya, tetapi mengambil kira aspek
keturunan dan hubungan sebagai waris. Maka begitu juga, benefisiari wasiat
wajibah berhak menerima bahagiannya kerana wujud hubungan keturunan dan
kewarisan. Tambahan pula, dengan kelayakan cucu memperolehi bahagiannya
melalui wasiat wajibah tidak menimbulkan kemudaratan kepada waris yang lain
kerana kadarnya adalah setakat kadar bahagian ayahnya dalam harta pusaka
datuknya yang mati; dengan andaian ayahnya itu mati selepas kematian datuknya.
Di samping itu, kadarnya adalah terkawal dengan disyaratkan tidak melebihi satu
pertiga daripada harta pusaka si mati.
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 134
Selain itu juga, tindakan memberi interpretasi bagi istilah “kanak-kanak”
yang berhak terhadap wasiat wajibah sebagai cucu bawah umur lapan belas tahun
berdasarkan kepada seksyen-seksyen dari Akta berkenaan, dilihat sebagai
tindakan mencampurkan adukkan antara undang-undang Syariah dan sivil. Oleh
yang demikian, perkataan kanak-kanak itu sebenarnya merujuk kepada cucu
dengan pengertian yang luas tanpa mengira had umurnya sesuai dengan kehendak
hukum syarak. Hal ini, selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-83 yang
bersidang pada 18-24 Oktober 2008 di Kelantan bahawa harus pelaksanaan wasiat
wajibah dan tidak dihadkan kepada umur kanak-kanak, tetapi hanya kepada cucu
secara umum. Begitujuga, ia sama dengan fatwa yang diwartakan oleh kerajaan
Negeri Selangor berkaitan wasiat wajibah pada 6 Januari 2011.
Meskipun terdapat pindaan terkini terhadap Enakmen Wasiat Orang Islam
(Selangor) 1999, namun isu tentang umur cucu yang berhak terhadap wasiat
wajibah tidak disentuh dan tidak dinyatakan secara jelas dalam pindaan tersebut.
Begitu juga dalam hal tertib pembahagian harta pusaka, jika berlaku
pertembungan antara dua bentuk wasiat yang berbeza. Hal ini tidak disebut secara
khusus dalam peruntukan undang-undang terutamanya dalam Enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri Sembilan 2004, Melaka 2005 dan Kelantan 2009. Sekiranya
terdapat wasiat wajibah dan wasiat ikhtiyāriyyah, maka keutamaan hendaklah
diberikan kepada pelaksanaan wasiat wajibah. Inilah yang dipraktikkan oleh
kebanyakan negara Timur Tengah seperti Mesir yang memperuntukkan dalam
Seksyen 76-78, Qanun al-Wasiyyah (No. 71/1946) bahawa wasiat wajibah
hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu mengatasi semua jenis wasiat
ikhtiyāriyyah (Hasanain Muhammad Makhluf, 1965). Penetapan ini akan
memberi kesan kepada wasiat ikhtiyāriyyah di mana penerima akan terhalang
daripada memperolehi wasiat jika wasiat wajibah dilaksanakan. Lebih-lebih lagi
jika kadar wasiat wajibah tersebut adalah sebanyak satu pertiga harta atau lebih.
Hal ini kerana kadar sesuatu wasiat dalam satu masa adalah terikat dengan syarat
maksimumnya iaitu sebanyak satu pertiga harta sahaja (Mohd Zamro et.al, 2008).
Namun begitu, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan)
2016 ada memperuntukkan seksyen mengenai isu pertembungan dua bentuk
wasiat tersebut pada satu masa. Maksud peruntukan itu didapati agak berbeza
dengan amalan kebanyakan negara Timur Tengah. Peruntukannya seperti berikut:
27. (3) Pembahagian wasiat wajibah di bawah Subseksyen (1) boleh
dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan dengan pengurusan
jenazah, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 135
Peruntukan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa wasiat ikhtiyariyyah
hendaklah didahulukan daripada wasiat wajibah. Ini kerana, wasiat ikhtiyariyyah
merupakan keinginan asal si mati yang perlu ditunai dan diutamakan di samping
tiada faktor yang menghalang (Temubual dengan Sahibus Samahah Dato‟ Setia
Hj. Mohd. Tamyes b. Abd Wahid, Mufti Selangor, di Pejabat Mufti Selangor pada
13.01.2017).
Bagaimanapun dalam hal ini, penyelidik lebih cenderung kepada pendapat
yang mengutamakan wasiat wajibah berbanding wasiat ikhtiyariyyah yang
terdapat pada satu masa. Ini kerana wasiat wajibah bukan berbentuk wasiat biasa,
sebaliknya menyerupai sebahagian makna pusaka yang berkait dengan
pembahagian faraid. Wasiat ini diwajibkan dengan bahagian setakat satu pertiga
dari harta pusaka (Al-Zuḥayliy, 1998). Tambahan pula, ia diwajibkan oleh kuasa
perundangan yang mewakili pihak pemerintah terhadap harta pusaka seseorang
tanpa mengambil kira keinginannya untuk berwasiat (Al-Ṭanṭāwiy, 1989; Mohd
Zamro et.al 2008; Nasrul Hisyam, 2012).
Dalam soal lain, peruntukan enakmen mengenai wasiat wajibah khususnya
dalam keempat-empat Enakmen Wasiat Orang Islam, Selangor 1999, Negeri
Sembilan 2004, Melaka 2005 dan Kelantan 2009 didapati masih kurang lengkap
kerana tidak menjelaskan tentang isu kelayakan untuk mewarisi harta pusaka yang
telah luput daripada bapa benefisiari disebabkan oleh māni’ (halangan) seperti
telah membunuh pewaris (pewasiat) atau akibat murtad. Al-Māni‟ di sini
bermaksud suatu yang ditentukan oleh syarak dengan kewujudannya
menyebabkan tidak wujudnya hukum atau sebab (Al-Zaydān, 1997; Al-Shanqiṭiy,
1995). Persoalan yang timbul daripada situasi ini ialah adakah insiden-insiden
tersebut boleh menjejaskan kedudukan anaknya (cucu) dari menerima wasiat
wajibah?
Secara dasarnya, terdapat dua pandangan fuqaha mengenai hal ini.
Pertama; cucu tidak layak menerima bahagian harta pusaka melalui wasiat
wajibah kerana kedudukannya dari segi pewarisan mengikut hukum keturunan
asal iaitu bapanya (Abū Zuhrah, 1988). Manakala, kedua; sebahagian fuqaha
melihat dari dimensi yang berbeza iaitu dari sudut maqaṣid (matlamat). Wasiat
wajibah berhak diperolehi cucu, sejajar dengan tujuannya untuk membela nasib
waris yang terhalang (maḥjūb) daripada menerima bahagian harta pusaka. Selain
itu, dapat memberi peluang kepada mereka untuk mewarisi walaupun asal
keturunannya (bapa) telah tersingkir daripada senarai waris kerana terlibat dengan
kes tertentu. Ini adalah kerana tidak wajar menghukum anak-anak yang tidak
berdosa, menanggung kesalahan bapanya dengan penafian hak mewarisi harta
pusaka melalui wasiat wajibah (Hishām, 1985; Mohd Zamro et. al, 2008).
Pandangan kedua ini juga didapati lebih tepat. Menurut Mufti Wilayah
Persekutuan, Zulkifli Mohamad al-Bakri bahawa dalam konteks pewarisan harta
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 136
pusaka juga, Nabi SAW menafikan kelayakan pewarisannya dari individu yang
telah membunuh si mati sahaja (Temubual dengan Sahibus Samahah, Datuk Dr.
Zulkifli Mohamad al-Bakri pada 22.01.2016).
Sabda Rasulullah SAW:
.اْلَقاِتُل ال يَِرُث Maksudnya: Seorang pembunuh tidak boleh mewarisi harta pusaka.
Hadis ini menunjukkan bahawa hak mewarisi harta pusaka adalah luput daripada
pembunuh si mati dan kesannya tidak melibatkan atau menjejaskan hak keturunan
dan waris pembunuh tersebut. Maka, begitulah juga bagi situasi kelayakan cucu
yang berhak terhadap bahagian wasiat wajibah. Namun, hadis riwayat Abu
Hurairah ini disampaikan oleh al-Tirmidhi dan beliau menyatakan bahawa ia tidak
sahih kerana antara perawinya ialah Isḥāq bin „Abdullah yang ditinggalkan
(matrūk) oleh sebahagian ahli ilmu seperti Aḥmad bin Ḥanbal. Sementara al-
Albāniy mengatakan hadis tersebut dhaif jiddan (sangat lemah) sepertimana yang
diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Majah (Al-Mubārakfūriy, 1990 ; Al-
Sindiy, 1996; Al-Tabrīziy, 1985).
Bagaimanapun, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor)
(Pindaan) 2016 hanya memperuntukkan seksyen berkenaan isu kelayakan
memperolehi wasiat wajibah yang luput daripada cucu (benefisiari) disebabkan
oleh māni’ (halangan). Peruntukan tersebut dinyatakan dalam syarat pelaksanaan
wasiat wajibah, yang berikut:
27. (2) Pelaksanaan wasiat wajibah yang disebut dalam
Subseksyen (1) hendaklah memenuhi syarat seperti yang berikut:
c) cucu itu tidak terlibat dengan pembunuhan datuk atau nenek
yang mati;
Peruntukan ini menjelaskan bahawa cucu yang terlibat dengan pembunuhan datuk
atau nenek yang mati akan menghalang mereka daripada penerimaan wasiat
wajibah. Sebaliknya, isu kelayakan bapa untuk mewarisi harta pusaka setelah
terlibat dalam pembunuhan seumpama itu, sama ada menjejaskan hak cucu untuk
mewarisinya dalam wasiat wajibah tidak dinyatakan.
KESIMPULAN
Secara umumnya, perkembangan terkini dalam Enakmen wasiat Orang Islam
(Negeri Selangor) (Pindaan) 2016 yang melibatkan pindaan terhadap peruntukan
wasiat wajibah ialah Seksyen 27 (1) berkenaan benefisiari wasiat wajibah
merangkumi cucu dari anak lelaki dan anak perempuan, Seksyen 27 (2), syarat-
syarat kelayakan penerimaannya, Seksyen 27(3), kedudukan wasiat ikhtiyariyyah
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 137
di samping wasiat wajibah, Seksyen 27A, kadar wasiat wajibah dan 27B,
mengenai pembahagiannya. Pindaan-pindaan ini dilakukan bertujuan untuk
diselaraskan dengan fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 6 Januari
2011.
Justeru, setelah diteliti, pada keseluruhannya peruntukan berkenaan wasiat
wajibah yang terdapat dalam enakmen terutamanya di Negeri Sembilan, Melaka
dan Kelantan masih belum meliputi beberapa perkara penting. Ia perlu
diperkanunkan secara jelas dalam peruntukan bertulis agar dapat membantu serta
memudahkan semua pihak yang terlibat seperti hakim, peguam dan pengamal
undang-undang dalam menghadapi isu ini.
RUJUKAN
„Abd al-Karīm bin Muḥammad al-Lāhim (t.t), al-Farā’id, al-Riyāḍ: Dār Kunūz
Ishbilia li al-Nashr wa al-Tawzī‟.
„Ainiy, Maḥmud bin Aḥmad al- (2000), al-Bināyah Sharḥ al-Hidayah, Beirūt:
Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.
Abdul Rashid Haji Abdul Latif (1986), Wasiat dalam Islam Pengertian dan
Kedudukannya di Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abū Zuhrah, Muḥammad (1988), Sharḥ Qānūn al-Waṣiyyah, t.t.p: Dār al-Fikr al-
„Arabiy.
Bahūtiy, Manṣūr bin Yūnus al- (1997), Kashshāf al-Qinā’ ‘an Matn al-Iqnā’,
Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.
___________ (2002), al-Rawḍu al-Murbi’ bī Sharḥ Zād al-Mustaqni’ Mukhtaṣar
Muqni’, Beirūt: Dār Al-Kutub al-„Ilmiyyah.
Bakri, Zulkifli bin Mohamad al- (2011), Pengurusan Harta Pusaka dalam Fiqh
Syafi’i, Kuala Lumpur: IBFIM.
Bassām, „AbdAllah bin „Abd al-Raḥmān al- (2005), Nayl al-Ma’ārib fī Tahzīb
Sharḥ ‘Umdat al-Ṭālib, al-Riyāḍ: Dār al-Imān.
Būrnū, Muḥammad Sidqi bin Aḥmad al- (1983), al-Wajīz fī Īḍāh Qawā’id al-Fiqh
al-Kulliyyah, Beirūt: Muassasah al-Risālah.
Ḥasanain Muḥammad Makhlūf (1965), Fatāwa Syari’yyah wa Buhūth Islāmiyyah,
Miṣr: Sharikat Maktabat wa Maṭba‟at Musṭafa al-Bābiy al-Ḥalabiy wa
Awlāduhu.
Haṭṭāb, Muḥammad bin Muḥammad al- (1995), Mawāhib al-Jalīl li Sharḥ
Mukhtaṣar Khalīl, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.
Hisyām Qublān (1985), al-Waṣiyyah al-Wājibah fī al-Islām, Beirūt: Manshūrāt
Baḥr al-Mutawassiṭ.
Ibn Qudāmah, „Abdullah bin Aḥmad (1994), al-Mughnī ‘alā Mukhtaṣar al-
Khiraqiy, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 138
Jabūriy, AbdAllah Muḥammad al- (2008), Aḥkām al-Mawārīth wa al-Waṣāya wa
al-Waqf fī al-Sharī’at al-Islāmiyyah, Kuala Lumpur: Fajar Ulung.
Jasni Sulong (2005),”Wasiat Kepada Waris: Pembaharuan Undang-undang dan
Penggubalan di Selangor”, dalam Jurnal syariah 13: 2, Kuala Lumpur:
Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. hlm. 59.
__________ (2011), Pembaharuan Undang-undang Pentadbiran Pusaka Islam,
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Kandahlawiy, Muḥammad Zakariyya al- (2003), Awjāz al-Masālik ila Muwaṭṭa’
Mālik, Dimashq: Dār al-Qalam.
Khurashiy, Muḥammad bin „Abdullah al- (1997), Ḥashiaḥ al-Khurashiy, Beirūt:
Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.
Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad dan Md.
Yazid Ahmad (2008), Pengantar Undang-undang dan Pentadbiran
Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, Selangor: Syarikat
Percetakan Putrajaya Sdn. Bhd.
____________, Siti Zalikhah Md. Nor, Zuliza Mohd. Kusrin dan Mohammad
Zaini Yahaya, (2008), “Pengurusan Pusaka dan Wasiat Orang Islam di
Malaysia”, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta
Pusaka, Wasiat & Wakaf, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam
Terengganu Sdn. Bhd.
Mubārakfuriy, Muḥammad „Abd al-Raḥmān bin „Abd al-Rahīm al- (1990), Tuḥfat
al-Aḥwadhiy bi Sharḥ Jāmi al-Tirmidhi, Beirūt: Dār al-Kutub al-
„Ilmiyyah.
Muḥammad Kamāl al-Dīn Imām (1998), al-Waṣāya wa al-Awqāf fī al-Fiqh al-
Islāmiy, Beirūt: al-Mu‟assasah al-Jāmi‟ah li al-Dirāsāt wa al-Nashr wa al-
Tawzī‟.
Muḥammad Sirāj (1992), Aḥkām al-Mawārīth wa al-Waṣāya fī al-Fiqh al-Islāmiy
Dirāsāt Fiqhiyyah Muqāranah, t.t.p: t.p.
Nabīl bin Kamāl al-Dīn Muḥammad Ṭaḥūn (1992), al-Wajīz fī Aḥkam al-
Mawārīth fī al-Sharī’ah al-Islāmiyyah, t.t.p: t.p.
Nasrul Hisyam Nor Muhamad (2012), Wasiat & Wisayah dalam Perancangan
Harta Prinsip dan Amalan, Selangor: Reka Cetak Sdn. Bhd.
Nawawiy, Muḥy al-Dīn bin Sharaf al- (t.t), al-Majmū’ Sharḥ al-Muhadhdhab,
Jeddah: Maktabat al-Irshād.
Sa‟diy, „Alī bin Sulaimān al- (1997), al-Inṣāf fī Ma’rifat al-Rājiḥ min al-Khilāf
‘alā Madhhab al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal, Beirūt: Dār al-Kutub al-
Ilmiyyah.
Sarakhsiy, Shamsuddin al- (2001), Kitab al-Mabsuṭ, Beirūt: Dār al-Kutub al-
„Ilmiyyah.
Sayyid Sābiq al- (1987), Fiqh al-Sunnah, Beirūt: Dār al-Kitāb al-„Arabiy.
Shafi‟i, Aḥmad Maḥmūd al- (1983), al-Mīrāth fī al-Sharī’ah al-Islāmiyyah, al-
Iskandāriyyah: Muassasah al-Thaqāfah al-Jami‟iyyah.
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 139
Shanqīṭiy, Muḥammad al-Amīn bin Muḥammad al-Mukhtār al- (1995),
Muzakkirah fī Uṣūl al-Fiqh, al-Qāherah: Maktabah Ibn Taymiyyah.
Sharbīniy, Muḥammad bin al-Khāṭib al- (1998), Mughni al-Muḥtāj ilā Ma’rifati
Ma’āni Alfāẓ al-Minhāj, Beirūt: Dār al-Fikr.
Shudaifāt, Ibrāhīm Rāshid al- (2007), Aḥkām al-Waṣiyyah wa Taṭbīqātuhā fī al-
Maḥākim al-Shar’iyyah al-Urdūniyyah, Jordan: Dār Yafa‟ al-„Ilmiyyah Li
al-Nashr wa al-Tawzī‟.
Sindiy, Abī al-Ḥasan al-Ḥanafi al- (1996), Sunan Ibn Mājah bi Sharḥ al-Imām
Abī al-Ḥasan al-Ḥanafi, Beirūt: Dār al-Ma‟rifah.
Siti Mashitoh Mahamood (2012), Harta Amanah Orang Islam di Malaysia
Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran, Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Surayti, „Abd al-Wadūd Muḥammad al- (1997), al-Waṣāya wa al-Awqāf wa al-
Mawārīth fī al-Sharī’ah al-Islāmiyyah, Beirūt: Dār al-Nahḍah al-
„Arabiyyah.
Suyūṭiy, „Abd Al-Rahmān bin Abī Bakr al- (1998), al-Ashbāh wa al-Nazā’ir fī
Qawā’id wa Furū’ Fiqh al-Shafi’iyyah, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.
Tabrīziy, Muḥammad bin „AbdAllah al- (1985), Misykāt al-Maṣābīḥ, Beirūt: al-
Maktab al-Islāmiy.
Ṭanṭāwiy, Maḥmūd Muḥammad al- (1989), al-Waṣāya wa al-Waqf fī al-Sharīah
al-Islāmiyyah, Dubai: Maṭba‟at al-Fājirah al-Waṭaniyyah.
Ṭūriy, Muḥammad bin Ḥusayn al- (1997), Takmilah al-Baḥr al-Rā’iq Sharḥ Kanz
al-Daqā’iq, Beirūt: Dār al-Kutub al-„Ilmiyyah.
Wan Abdul Fattah Wan Ismail (2007), “Al-Waṣiyyah al-Wājibah Bayna al-Fiqh
wa al-Qānūn”, dalam Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Mohammad
Noorizzuddin Nooh dan Sapora Sipon, Syariah dan Undang-undang: Isu
dan Amalan, Nilai: Penerbit USIM, hlm. 179-180.
Zaqzūq, Maḥmūd Ḥamdiy (1997), al-Fatāwa al-Islāmiyyah min Dār al-Iftā’ al-
Maṣriyyah, al-Qāherah: Jumhūriyyah Maṣr al-„Arabiyyah Wizārat al-
Awqāf al-Majlis al-A‟la li al-Shu‟ūn al-Islāmiyyah.
Zaydān, „Abd al-Karīm (1997), al-Wajīz fī Uṣūl al-Fiqh, Beirūt: Muassasah al-
Risālah.
Zuḥayliy, Wahbah al- (1989), al-Fiqh al-Islāmiy wa Adillatuh, Dimashq: Dār al-
Fikr.
____________ (1998), al-Waṣāya wa al-Waqf fī al-Fiqh al-Islāmiy, Dimashq:
Dār al-Fikr.
Akta dan Enakmen
Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (Enakmen 4 tahun 1999)
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 (Enakmen 5 tahun 2004)
-
E-Journal of Islamic Thought and Understanding
Volume 2 (2019)
O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7
Page 140
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 (Enakmen 4 tahun 2005)
Enakmen Wasiat Orang Islam Kelantan 2009.
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2016.
Qanun al-Wasiyyah (No. 71/1946).
Temubual, Keputusan Muzakarah, Ringkasan Hujahan dan Fatwa
Temubual dengan Sahibus Samahah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti
Wilayah Persekutuan pada 22.01.2016.
Temubual dengan Sahibus Samahah Dato‟ Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd
Wahid, Mufti Selangor, di Pejabat Mufti Selangor pada 13.01.2017
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali ke- 83 yang bersidang pada 18-24 Oktober 2008 di
Kelantan.
Fatwa yang diwartakan oleh kerajaan Negeri Selangor berkaitan wasiat wajibah
pada 6 Januari 2011.
Penghujahan Ringkas Defendan yang difailkan oleh Tetuan Ram Reza &
Muhammad, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Ruj:
RRM/B/SY/2095/ARB/HCH.
Ringkasan Hujahan Bertulis Plaintif yang difailkan oleh Tetuan Termizi & Co.
Desa Melewati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia yang bersidang kali ke-83, pada 18-24 Oktober 2008 di
Kelantan.