Transcript
Page 1: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

Buletin

JKAS

J a b a t a n K e j u r u t e r a a n A w a m & S t r u k t u r

Bilangan 1/2016

Januari–April 2016

Sidang Editor:

Penasihat

Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad

Basri

Pn. Shahrom Md. Zain

Ketua Editor

Dr. Muhamad Nazri Borhan

Editor

Nor Azura Abdullah@Ghazali

Editor Bersekutu

P.M. Dr. Roszilah Hamid

Dr. Mohd Yazmil Md. Yatim

Jurufoto

En. Nik Mohd Asraf Nik

Muhammad

Kandungan:

Kenaikan Pangkat dan 2

Lantikan di JKAS

Kejayaan & Kecemerlangan 3-6

JKAS

Majlis Makan Malam FKAB 7-8

Majlis Makan Malam 9

Apresiasi Civilens 2016

Jaringan Industri dan 10-11

Universiti

JKAS Bersama Komuniti 12

dan Sekolah

Page 2: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

Kenaikan Pangkat dan Lantikan di JKAS Sukacita Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur mengucapkan tahniah kepada:

Kenaikan pangkat Prof. Dr. Noor Ezlin ke jawatan Professor mulai 23 November 2015.

Kenaikan pangkat Prof. Ir. Dr. Fatihah Suja’ ke jawatan Professor mulai 23 November 2015.

Pelantikan Prof. Madya Ir. Dr. Othman bin Jaafar sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM mulai 1 Januari 2016 hingga 31/12/2018

Pelantikan Prof. Dr. Noor Ezlin sebagai Ketua Jabatan JKAS mulai 15 Januari 2016 hingga 14 Januari 2019.

Pelantikan Prof. Dr. Amiruddin Ismail sebagai Ketua Pusat Penyelidikan Pengkutan Badar Mapan FKAB mulai 15 Februari 2015 hingga 20 Disember 2015.

Pelantikan YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim sebagai Ahli Jawatankuasa Permohonan Lembaga Jurutera Malaysia 2015-2016.

Prof. Dr. Raihan Taha sebagai Pengarah LESTARI telah dilantik oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Malaysia Palm Oil Certification Council (MPOCC) bagi tempoh 1 Januari 2016 - 31 Disember 2016.

Dr. Norinah binti Abd. Rahman yang telah dilantik sebagai Pensyarah Gred DS51 mulai 15 Februari 2016.

Dr. Muhamad Azry bin Khoiry yang telah dilantik sebagai Pensyarah Gred DS51 mulai 15 Mac 2016.

Pelantikan Prof. Dr. Fatihah Suja' sebagai Ketua Jaminan Kualiti FKAB mulai 15 Mac 2016 hingga 14 Mac 2019

JKAS|2

Page 3: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|3

BOSCH Competition – Innovation Around My Campus 2016

Pada 28 Januari 2016, dua rang pelajar tahun dua JKAS telah mewakili UKM dalam Pertandingan BOSCH Competition – Innovation Around My Campus 2016 di BOSCH Malaysia Headquarters, Petaling Jaya. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh BOSCH. Pertandingan ini telah disertai oleh sebanyak 12 universiti dan kolej. Pertandingan ini memerlukan pelajar menghasilkan satu klip video berdasarkan tema pertandingan iaitu “Solutions for the Future” di mana pelajar dikehendaki mengemukakan idea inovatif bagaimana mereka boleh meningkatkan kecekapan pelajar di kampus mereka. Tugas ini akan mencabar keupayaan dalam kreativiti dan pemikiran inovatif kerana peserta perlu mempersembahkan idea-idea bagaimana mereka boleh meningkatkan kecekapan pelajar di kampus. Peserta dikehendaki untuk merakam dan menghantar link video YouTube sebagai kemasukan ke dalam pertandingan. Pasukan yang menang akan diberi ganjaran berpeluang untuk merealisasikan idea-idea inovatif mereka, dengan Bosch menyediakan alat-alat dan bahan-bahan untuk melaksanakan penyelesaian tersebut. Pertandingan ini bermula 14 September 2015 sehingga 14 Disember 2015 untuk peserta menghasilkan video dan di masukkan ke dalam laman sesawang YouTube. Panel hakim akan menyenarai pendek 5 karya terbaik untuk ke peringkat akhir.

Lima pasukan yang layak ke peringkat akhir dikehendaki mengemukakan idea-idea mereka bagaimana mereka boleh membuat pembaharuan di kampus dengan berkongsi idea-idea inovatif dan kreatif mereka di hadapan jemaah panel hakim pada 28 Januari 2016. Wakil UKM ini telah berjaya menduduki tempat ketiga di peringkat akhir dan membawa pulang hadiah sebanyak RM1000. Kumpulan ini terdiri dari:

Allan Law Wee Wee - A148403 Chin Meei Jiun - A147500

Pensyarah yang telah membimbing para pelajar untuk pertandingan ini adalah Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri, Prof. Madya Dr. Siti Aminah Osman dan Pn. Shahrom Md Zain.

KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN JKAS

Pelajar UKM berserta hadiah yang dimenangi dan pensyarah pembimbing yang terlibat

Page 4: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|4

International Highest Early Strength Self Consolidation Concrete Competition

Pada 14-15 April 2016, UKM yang diwakili oleh seramai 16 pelajar JKAS yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 telah menyertai Pertandingan International Highest Early Strength Self Consolidation Concrete Competition (i-HESSCCC) di Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh American Concrete Institute, Kuala Lumpur Chapter. i-HESSCCC merupakan acara tahunan dan diadakan bertujuan untuk menggalakkan idea-idea inovatif sebagai tambahan kepada kemahiran teknikal para peserta. Pertandingan ini telah melibatkan penyelidik, pelajar dan juga industri untuk menghasilkan konkrit berkekuatan tinggi selepas 24 jam campuran konkrit tersebut dihasilkan dengan kos yang optimum. Pertandingan ini juga turut dibuka penyertaan kepada peringkat antarabangsa untuk menggalakkan penyertaan dari negara-negara lain. Kejayaan yang memberangsangkan telah dicapai oleh wakil UKM dari Kumpulan 3 kerana telah berjaya memenangi tempat ketiga Highest Strength dengan kekuatan 50.8Mpa (USD300 dan sijil). Disamping itu wakil UKM turut memenangi "First Prize Most Green And Eco Concrete" (USD100 dan sijil) dan tempat kedua utk "Best Presentation Award". Kumpulan 3 ini terdiri dari: Mahirah binti Zorkeflee - A 144194 Tee Su Ching - A144199 Lee Wan Ying - A146868 Muhammad Razali bin Mohd Azaman - A143914 Pensyarah yang telah membimbing para pelajar untuk pertandingan ini adalah Prof. Madya Dr. Roszilah Hamid.

Pelajar UKM berserta hadiah yang dimenangi dalam pertandingan i-HESSCCC

Page 5: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|5

International Festival Innovation on Green Technology (I-FINOG 2016)

Sementara itu, pada 15-17 April 2016, UKM yang diwakili oleh seramai tiga orang pelajar JKAS yang terdiri daripada pelajar tahun dua telah menyertai Pertandingan International Festival Innovation on Green Technology (I-FINOG 2016) di Universiti Malaysia Pahang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang. Kejayaan yang cemerlang telah dicapai oleh pelajar JKAS yang membentangkan projek mereka yang bertajuk T-Shelters. Melalui projek ini, pelajar telah memenangi Hadiah Emas dan Anugerah Khas di pertandingan tersebut. Pelajar yang terbabit terdiri dari: Shafie Bin Rahim - A151117 Wan Nor Hanisah Binti Wan Harun - A149517 Rashidah Solehah Binti Mohd Fauzi - A149215 Pensyarah pembimbing bagi projek ini adalah Pn. Shahrom Md Zain dan En. Nasri Nasir. Tahniah kepada semua pelajar dan juga pensyarah yang terlibat.

Page 6: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|6

Pertandingan Cabaran Idea Perdana 2016 Universiti Kebangsaan Malaysia

Pensyarah JKAS Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan Cabaran Idea Perdana 2016 Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemenangan ini membolehkan beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan pingat. Cabaran Idea Perdana 2016 dianjurkan untuk menggalakkan masyarakat UKM menjana lebih banyak idea untuk menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritis dan kreatif bagi memacu kejayaan UKM untuk lebih berjaya seiring dengan 6 Keberhasilan Utama UKM. Program Cabaran Idea UKM ini dijalankan sepanjang tahun. Tiga idea terbaik akan dipilih pada setiap bulan. Kesemua idea yang terpilih akan dibawa ke peringkat akhir iaitu 'Cabaran Idea Perdana' yang akan diadakan pada bulan Mac dan September setiap tahun. Pada peringkat akhir, Khairul Nizam dan 16 orang lagi peserta dari pelbagai bidang diberikan 3 minit seorang untuk membentangkan idea-idea mereka, yang kemudiannya dinilai oleh tiga hakim dari agensi-agensi yang berbeza. Pada perlawanan peringkat akhir, Khairul Nizam telah membentangkan ideanya mengenai penyimpanan data secara digital untuk membuat pengurusan data yang lebih cekap, bebanding sekarang yang mana data diuruskan secara manual dalam bentuk salinan kertas. Walaupun proses untuk mendigitalkan semua data adalah sangat mencabar, Khairul Nizam percaya ia akan dapat mempercepatkan proses pencarian maklumat. Rancangan masa depan beliau adalah untuk mewujudkan suatu pengkalan data digital yang mesra pengguna. Tahniah kepada Sr. Dr. Khairul Nizam di atas kejayaan yang diperolehi.

Sr. Dr. Khairul Nizam menerima hadiah Cabaran Idea Perdana 2016 dari YBhg Prof. Dato’ Dr. Mazlin

Page 7: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|7

Majlis Makan Malam FKAB 2016

Majlis Makan Malam Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (MMMFKAB) merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga FKAB dan juga untuk meraikan pencapaian cemerlang warga FKAB. Untuk MMMFKAB 2016, JKAS telah diberi tanggungjawab untuk menjadi teraju utama atau tuan rumah dalam menjayakannya. MMMFKAB 2016 telah berlangsung pada 26 Februari 2016, bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Pada MMMFKAB 2016, JKAS telah memilih “Denim Night” sebagai tema, dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa) UKM YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat. Selain ahli fakulti, MMMFKAB 2016 juga turut diserikan lagi dengan kehadiran alumni, industri, penaja-penaja korporat dan juga panel penasihat industri (AIP) bagi setiap jabatan. Persembahan-persembahan menarik telah berlangsung sepanjang MMMFKAB 2016 seperti persembahan

muzik dan nyanyian yang iringi khas oleh The Evergreen Band, letupan bertuah, usik-usikan bertuah, Faculty Got Talent dan nyanyian penghargaan kepada alumni. Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah kepada kakitangan FKAB yang telah berkhidmat dengan cemerlang serta kakitangan yang telah

berkhidmat melebihi 20 dan 30 tahun di FKAB.

“Denim

Night”

Page 8: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|8

MMMFKAB

2016, JKAS

Page 9: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|9

Majlis Makan Malam Apresiasi Civilens (MMMAC) 2016 merupakan acara yang julung kalinya diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan sillaturahim sesama warga JKAS. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan pencapaian cemerlang pelajar JKAS. Untuk MMMAC 2016, Kelab Civilens telah diberi tanggungjawab untuk

menjadi peneraju utama dalam menjayakannya. MMMAC 2016 telah berlangsung pada 23 April 2016, bertempat di Putera Garden, Nilai. Kelab Civilens telah memilih “Togetherness & Colleagility” sebagai tema, dan telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Prof Dato’ Ir. Dr. Abd Wahab bin Mohammad Selain

daripada pelajar JKAS, Majlis Makan Malam Apresiasi Civilens 2016 turut diserikan lagi dengan kehadiran alumni dan pensyarah – pensyarah dari JKAS.

Persembahan- persembahan menarik telah berlangsung sepanjang MMMAC 2016 seperti persembahan

nyanyian daripada wakil Tahun 3 dan 4, cabutan bertuah, pertandingan Biggest Loser, dan penyampaian beberapa anugerah kepada pensyarah bagi mengenang jasa dan bakti dalam mendidik para pelajar. Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian anugerah bagi para pelajar JKAS yang memperoleh keputusan cemerlang

(Anugerah Dekan) bagi semester lepas.

Majlis Makan Malam Apresiasi Civilens 2016

Page 10: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|10

JARINGAN INDUSTRI DAN UNIVERSITI

Pusat Pengangkutan Bandar Mapan Bantu Sediakan Sistem Pengangkutan Awam Lestari

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengangkutan Bandar Mapan (SUTRA) dan sebuah syarikat perunding pengangkutan berhasrat untuk mengubah sistem pengangkutan awam di negara ini menjadi sektor yang lebih lestari dan mesra alam sekitar. SUTRA merupakan satu pusat kajian (penyelidikan) di bawah naungan JKAS. Langkah pertama ke arah kerjasama tersebut adalah untuk UKM mengadakan siri kursus jangka pendek untuk para profesional dan perancang pengangkutan awam, kata Ketua Pengarah Urus Budi Transplan Sdn Bhd Dr Rosli Nekmat. “Kami berharap UKM boleh membantu kami mengadakan kursus untuk jurutera, pengusaha pengangkutan dan majlis-majlis perbandaran supaya mereka boleh membiasakan diri dengan kenderaan yang kurang mencemarkan udara,” Dr Rosli memberitahu Portal Berita UKM selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan universiti tersebut di sini hari ini. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah mewakili UKM. Dr Rosli menjangka UKM akan melaksanakan kursus lanjutan dalam jangka masa panjang yang akan merangkumi program sarjana dalam pengangkutan lestari, terutamanya menjurus untuk industri pengangkutan awam. Beliau berkata sebagai permulaan, kira-kira 200 pegawai dari pelbagai pihak berkuasa tempatan dan sebilangan kecil dari

sektor pengangkutan lestari akan menghadiri kursus menjelang akhir tahun. Tambah beliau lagi, UKM mempunyai

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UKM dan Urus Budi Transplan Sdn. Bhd.

Page 11: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|11

Lawatan Daripada Universitas Muhamadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia

Pada 13 April 2016, JKAS menerima kunjungan daripada Jurusan Tehnik Sipil, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) terdiri daripada 30 orang pelajar dan dua orang pensyarah pengiring. Lawatan ini bertujuan untuk melakukan kegiatan kuliah kerja lapangan (KKL) ke dua negara iaitu Singapura dan Malaysia untuk bertujuan meningkatkan kemampuan mahasiswa dalam pengembangan kemahiran dan pengetahuan melalui lawatan kebeberapa buah universiti dan dan juga industri. Sewaktu berada di Malaysia delegasi ini telah melawat ke tiga lokasi iaitu Universiti Malaya, MRT Coorporation dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program lawatan ke UKM dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Jabatan iaitu Prof. Dr. Noor Ezlin bagi pihak JKAS dan ucapan dari wakil delegasi UMY. Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh ketua jabatan tentang

pencapaian JKAS serta taklimat ringkas dari ketua-ketua bidang. Lawatan setengah hari itu turut disusuli dengan lawatan ke makmal-makmal JKAS yang diiringi oleh ketua-ketua bidang dan pegawai sains

Page 12: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|12

JKAS BERSAMA KOMUNITI DAN SEKOLAH

iG-HOME Inovasi Rumah Lestari Siri II

iG-HOME Inovasi Rumah Lestari Siri II telah diadakan pada 14 Mac – 15 Mac 2016 bersama 40 orang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma dengan penglibatan bersama Pelajar JKAS Tahun Dua.

Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap subjek sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM) melalui pendekatan pembelajaran alam sekitar. Pelajar dapat hubungkaitkan ilmu STEM dan alam sekitar dengan kehidupan seharian mereka. Untuk siri ini, pelajar sekolah telah diperkenalkan kepada pengurusan sisa pepejal

seperti 3R, Pengkomposan dan Biogas.

Page 13: Bilangan 1/2016 Buletin JKAS

JKAS|13


Top Related