buletin integriti siri 2/2017 - moe.gov.my

16
Terbitan: Unit Integriti BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017

Upload: others

Post on 21-Feb-2022

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Terbitan: Unit Integriti

BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017

Page 2: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

P E N Y E L A R A S / P E N G A R A N G

SIDANG

REDAKSIP E N A S I H A T

Unit Integriti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

T E R B I T A N

Nazli Rasyid bin Haji Sulong

03 - 8884 7982

03 - 8884 7922

[email protected]

http://www.moe.gov.my

S U M B A N G A N K A R Y A

• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel, berita, cerpen,

sajak dan lain-lain yang bersesuaian) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.

• Hantarkan karya anda ke [email protected].

• Karya yang terpilih akan menerima sumbangan cenderahati daripada penganjur.

• Abdul Majid bin Abdul Rahim

• Mustapa bin Daud

• Shahriman bin Ali Pitchay

• Anuar bin Hazmi

• Siti Azeana binti Zulkifli

• Wan Muhamad bin Wan Junoh

• Norquyyum binti Mohd Noor

2

Page 3: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Sehubungan dengan itu, saya

berpandangan bahawa integriti

sewajibnya menjadi pegangan

kukuh setiap daripada kita.

Integriti ini bukan sahaja wajar

menjadi amalan dan pakaian

kita secara peribadi, sebaliknya

mesti diamalkan oleh setiap

individu di dalam organisasi.

Sebagai penjawat awam juga, kita perlu sedar bahawa nilai integriti

adalah tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Kita perlu

sentiasa mencerminkan nilai integriti dalam

semua tindakan kita sama ada melalui penampilan, sikap dan

sebarang keputusan yang diambil sentiasa dinamik dan fleksibel

serta mempunyai nilai integriti yang tinggi ketika menjalankan tugas

seharian.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan

tahniah kepada semua

warga kerja KPM kerana

menunjukkan sokongan padu

terhadap semua usaha yang

dilaksanakan khususnya dalam

konteks peningkatan tahap integriti

dan terus menjadi penggerak melalui

pelbagai aspek terutamanya daripada

segi kualiti perkhidmatan kita.

Sekian.

Penekanan terhadap integriti adalah

amat penting bagi memastikan kita

dapat menerapkan dan

membudayakan integriti dalam

melaksanakan peranan dan

tanggungjawab ke arah menjayakan

transformasi negara.

adalah semua

sifat positif dalam menghadapi semua

orang pada sebarang keadaan.

Besarlah harapan saya sekiranya

seluruh warga pendidik khususnya

dan warga KPM umumnya berazam

serta mengotakan janji dengan

membudayakan integriti sebagai salah

satu daripada etika dalam

menjalankan tugas seharian. Dengan

mengambil kira perubahan

persekitaran kerja yang kompleks

pada masa kini, dan bagi mengharungi

cabaran yang mendatang maka sudah

tentulah kita amat memerlukan

warga kerja yang komited dalam

menjalankan tugas seharian dan

kreatif untuk melakukan perubahan

serta meningkatkan lagi mutu

perkhidmatan kepada warga KPM.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya,

lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredaan-Nya, saya diberikan

ruangan ini sebagai media perhubungan untuk menyampaikan amanat

dalam penerbitan Buletin Integriti Siri 2 Tahun 2017 bertemakan

“Azam & Janji”.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3

Page 4: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Secara etimologi, ikrar berasal daripada perkataan Arab

”(iqrar)إقِْرَار“ yang bererti pengakuan atau

janji yang sungguh-sungguh,biasanya disertai dengan sumpah. Ikrar boleh dilakukan

secara bertulis, lisan atau dengan isyarat. Dari segi undang-

undang Islam, ikrar yang sah lahir daripada orang yang

baligh, berakal dan tanpa paksaan.

Ikrar bukanlah perkara yang asing dalam sejarah dan

peradaban kita. Sejak alam persekolahan lagi, para pelajar

telah dididik untuk melafazkan ikrar taat setia terhadap

prinsip Rukun Negara. Selain ikrar Rukun Negara, ada juga

ikrar sekolah, ikrar pelajar, ikrar persatuan dan ikrar-ikrar

lain yang diamalkan mengikut keperluan di sekolah masing-

masing.

IKRAR RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan

Agong keempat pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara

menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-13. Rukun

Negara merupakan inisiatif Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) yang pada masa itu menjalankan pemerintahan

negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung

ekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei

1969.

Rukun Negara adalah ikrar,

janji dan sumpah setia kita

sebagai rakyat Malaysia. Dalam

konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum,

Rukun Negara memainkan peranan yang amat signifikan;

I KRAR

Ikrar Rukun Negara

Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung

cita-cita hendak:

(i) Mencapai perpaduan yang lebih erat di

kalangan seluruh masyarakatnya

(ii) Memelihara satu cara hidup demokratik

(iii) Mencipta satu masyarakat yang adil di

mana kemakmuran negara akan dinikmati

bersama secara adil dan saksama

(iv) Menjamin satu cara yang liberal terhadap

tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dan berbagai corak

(v) Membina satu masyarakat progresif yang

akan menggunakan sains dan teknologi

moden

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip yang berikut:

(i) Kepercayaan kepada Tuhan

(ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

(iii) Keluhuran Perlembagaan

(iv) Kedaulatan Undang-Undang

(v) Kesopanan dan Kesusilaan

iaitu sebagai falsafah kebangsaan yang dijadikan pegangan

dalam usaha menyuburkan semangat perpaduan,

patriotisme, jati diri dan perasaan saling hormat

menghormati dalam kalangan segenap lapisan masyarakat

demi menjaga keharmonian negara yang kita cintai.

Oleh: Abdul Majid bin Abdul Rahim, UI KPM

4

Page 5: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Ikrar Bebas Rasuah

Saya [nama] No. Kad Pengenalan [no. k.p.] adalah

dengan sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa

sepanjang perkhidmatan saya dengan [nama jabatan];

(i) Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang,

peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang

berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan

salah guna kuasa;

(ii) Saya akan membenci dan menolak sebarang

bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta

memberikan kerjasama sepenuhnya kepada

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam

mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan

salah guna kuasa;

(iii) Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang

bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama

ada secara langsung atau tidak langsung, dengan

mana-mana pihak yang berurusan dengan [nama

jabatan];

(iv) Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di

bawah seliaan saya tidak akan melibatkan diri dalam

sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa

dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan [nama

jabatan]; dan

(v) Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa

segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah

dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau

kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.

IKRAR BEBAS RASUAH

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan inisiatif yang

diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia. IBR menekankan ikrar serta janji yang

dibuat oleh para pemimpin dan warga organisasi

secara sukarela atas

kapasiti sebagai individu,bertujuan untuk memastikan setiap individu yang

menandatangani ikrar ini menjunjung tanggungjawab

untuk menghindari diri daripada terlibat dengan

sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa

sepanjang melaksanakan tugas.

Sejak dilaksanakan mulai Januari 2017 sehingga 31

Mei 2017, IBR telah dilaksanakan oleh lebih 100

organisasi di seluruh negara mencakupi sektor

awam, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta,

persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan

kementerian ke-3 dan antara organisasi terawal yang

menandatangani IBR. Majlis menandatangani IBR

melibatkan Pengurusan Tertinggi KPM telah

diadakan pada 15 Mac 2017 disusuli dengan

pelaksanaannya di peringkat Bahagian / Jabatan,

antaranya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

(26 April), JPN Negeri Sembilan (3 Mei), Bahagian

Sukan (12 Mei), Bahagian Pembangunan Kurikulum

(26 Mei), JPN Pulau Pinang (29 Mei), Pejabat

Pendidikan Daerah Timur Laut (31 Mei) dan JPN

Melaka (2 Jun).

Objektif IBR:

• Mendapatkan komitmen pimpinan organisasi dalam usaha pembanterasan rasuah

• Memastikan organisasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah

• Menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga organisasi

• Memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan perbuatan rasuah

5

Page 6: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Beriman dan mengambil inspirasi daripada sabda baginda Rasulullah SAW semasa peperangan Khandak inilah yang membakar

semangat dan jiwa Muhammad al-Fatih setiap kali matanya terpandang Kota Constantinople. Sultan yang ke-7 dalam Empayar

Uthmaniyyah ini turut membina keazamannya dengan meneladani kekuatan roh jihad Abu Ayyub al Ansari (sahabat Rasulullah

SAW) yang gugur syahid dan jasadnya disemadi di Benteng Kota Constantinople sewaktu percubaan pertama tentera Islam di

bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah (Empayar ‘Umayyah).

Meskipun usaha pembebasan Constantinople (ibu kota

kerajaan Kristian Timur Byzantium) melalui jalan buntu

menerusi lima siri kempen pembebasannya pada era

‘Umayyah, satu kempen pada era ‘Abbasiyyah dan dua

kempen pada era Uthmaniyyah, namun tidak sedikit pun

membantutkan keazaman Sultan Muhammad al Fatih

untuk meneruskan kesinambungan perjuangan dan

terbukti kira-kira 800 tahun kemudian Sultan Muhammad

al-Fatih muncul membenarkan hadis Rasulullah SAW.

Memang tidak dapat dinafikan keazaman yang membuak-

buak antara faktor tercetusnya usaha dan gerakan

penawanan Kota Constantinople, namun harus diingat

bahawa rahsia atau formula kejayaan Sultan Muhammad

al-Fatih dan pasukan tentera pimpinannya menewaskan

‘super power’ tersebut adalah berbekalkan

ketakwaan iaitu dengan mentaati Syari’atullah dan

menepati Sunnatullah.

Sultan Muhammad al Fatih sangat berhati-hati dan teliti

dalam mematuhi kedua-dua hukum tersebut. Baginda

sangat memelihara diri, keluarga dan pegawai-pegawainya

daripada melanggar hak Allah SWT. Baginda juga sangat

membenci rasuah, penyelewengan

dan pembaziran harta. Baginya, harta itu

amanah Allah SWT untuk diagihkan kepada rakyat yang

memerlukan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah baginda

sentiasa dikelilingi oleh orang yang mematuhi syariat sama

ada daripada kalangan pegawai-pegawainya, para sarjana

dan ulama atau penasihat.

Namun, mematuhi syari’atullah sahaja belum cukup untuk

mencapai darjat ketakwaan. Baginda juga sangat menepati

sunnatullah. Dengan kata lain, persiapan kerohanian perlu

disepadukan dengan persiapan fizikal, strategi dan

material. Ini bertepatan dengan perintah Allah SWT

melalui

Sultan Muhammad Al-Fatih

melalui firman-Nya yang bermaksud; “Dan bersiap sedialah

kamu dengan kekuatan daripada tentera berkuda untuk

menggerunkan musuh Allah SWT dan musuh kamu”.(1)

Justeru itu, baginda dan pasukan tentera pimpinannya

diiktiraf sebagai sebaik-baik raja dan tentera kerana

memiliki dua ciri unggul yang digariskan dalam al-Quran

iaitu al-Amin kerana mentaati syari’atullah dan al-Qawiy

kerana menepati sunnatullah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya

sebaik-baik orang yang diberikan pekerjaan

(tugasan) adalah orang yang kuat (al-Qawiy) lagi

amanah (al-Amin)”.(2). Sayyidina Ali r.a melalui

ungkapannya yang masyhur turut mengingatkan:

“Kebenaran yang tidak tersusun akan ditewaskan

oleh kebatilan yang tersusun”.

Oleh: Shahriman bin Ali Pitchay, UI KPM

“Aspirasi dan cita-cita yang besar mampu mengecilkan permasalahan yang dihadapi. Perjuangan yang sukar akan menjadi mudah apabila diharungi dengan

jiwa yang besar dan berbekalkan tekad serta keazaman yang mantap.”

6

Page 7: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

D e m i k i a n l a h k e a z a m a n d a n

s e m a n g a t j u a n g y a n g t i n g g i

t e l a h d i b u k t i k a n m e n e r u s i

d a y a u s a h a y a n g b e r s u n g g u h -

s u n g g u h d e n g a n

b e r t u n j a n g k a n k e t a k w a a n

k e p a d a A l l a h S W T , p a s t i a k a n

d i g a n j a r i d e n g a n k e m e n a n g a n

d a n k e j a y a a n .

Benarlah janji Allah SWT yang bermaksud:

“Dan mereka yang berjihad

(bersungguh-sungguh) untuk

(mencari keredaan) Kami, benar-

benar akan Kami tunjukkan kepada

mereka jalan-jalan Kami dan

sesungguhnya Allah bersama orang-

orang yang berbuat kebaikan”. (3)

Rujukan :

(1) Al-Anfal 8: 60

(2) Al-Qasas 28: 26

(3) Al-‘Ankabut 29: 69

(4) Imam Ahmad Ibn Hanbal (Al-Musnad 4/335) dan al Hakim (al Mustadrak no. 8300)

Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi, al Sultan Muhammad al-Fatih: Fatih al-Qustantiniyyah

Bagi menembusi Kota Constantinople yang kebal kerana

kedudukannya dikelilingi dengan tujuh buah bukit secara

semula jadi di tambah dengan kelengkapan senjata yang

pelbagai, seorang panglima yang berfikiran strategik, bijak

dan kreatif sangat diperlukan bagi memimpin angkatan

perang.

Sultan Muhammad al-Fatih, pasukan tentera serta armada

lautnya membuat persiapan fizikal dan material selama

tiga tahun, bertempur selama 53 hari dengan penuh

keberanian. Dicatatkan dalam lembaran sejarah kira-kira

150,000 orang tentera terlatih al-Fatih terlibat dalam

pertempuran tersebut dengan diiringi kekuatan 120 buah

kapal untuk menguasai laluan di Selat Bosphorus dan

Golden Horn. Kota Constantinople yang akhirnya

berjaya ditawan pada 29 Mei 1453 Masihi. Raja yang ke-

95 memerintah Constantinople terbunuh dan nama

Constantinople ditukar kepada Istanbul.

Sultan Muhammad al-Fatih melakukan sujud syukur dan

melumurkan mukanya dengan tanah sebaik memasuki

Hagia Sophia (asalnya sebuah gereja kemudian dijadikan

masjid sebelum ditukar menjadi muzium hingga kini di

Istanbul) sebagai tanda kerendahan hatinya. Solat Jumaat

yang pertama didirikan di Constantinople dengan

dipimpin oleh baginda di Masjid Hagia Sophia

menyaksikan bahawa kemenangan yang diraih merupakan

suatu yang mahal untuk diperolehi dan tidak mustahil

berlaku. Segalanya dengan izin Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Constantinople akan dibuka.

Rajanya adalah sebaik-baik raja

dan tenteranya adalah sebaik-

baik tentera”.(4)

7

Page 8: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) gelombang kedua

(2016-2020) merupakan salah satu ciri penting

bagi merealisasikan hasrat negara

meningkatkan profesion dan kualiti pendidik

dalam mencapai keberhasilan pelajar. Untuk

itu, pelbagai inisiatif perlu didedahkan kepada

pendidik bagi membentuk profesion pendidik

yang sesuai dengan revolusi pembelajaran

masa kini bagi memantapkan sistem

pendidikan negara.

INTEGRITI MENGHADAPI

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Transformasi dalam pendidikan menyebabkan

Kementerian Pendidikan Malaysia membuat

perubahan terhadap sistem pendidikan negara

kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). Sistem ini adalah relevan dan holistik

ke arah melahirkan modal insan yang

seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan

berinovatif.

Kajian keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati prestasi

pelajar dipengaruhi dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan

kualiti pendidik. Kualiti dalam sistem pendidikan tidak boleh diperolehi

tanpa kualiti pendidik dan prestasi yang tinggi adalah bergantung

kepada keberhasilan pelajar yang berjaya. Oleh itu, keberhasilan

pelajar ini perlu signifikan dengan peningkatan kualiti pendidik yang

dapat dilahirkan melalui integriti pendidik yang tinggi terhadap semua

perubahan dan penambahbaikan dalam memenuhi keperluan

pendidikan semasa.

INTEGRITI PENDIDIK MENGHASILKAN

BUDAYA KERJA CEMERLANG

Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan

menggunakan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) yang

diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti

perkhidmatan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sarat

dengan KPI yang perlu dicapai oleh warga Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM). Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di

sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan kerana tuntutan

terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum,

disiplin, penpendidiksan, kepimpinan, kompetensi pendidik dan lain-

lain.

Oleh: Norfarahin binti Mohd Zamri, Asmirul Faisal bin Ariffin;

& Saraswathy Ramasundrum - SK Bukit Jelutong SBT, Shah Alam

ERKUALITI

8

Page 9: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Melalui tuntutan itu, sekolah memerlukan

strategi dan amalan pendidikan berasaskan

prestasi bagi menambahbaik sistem serta

budaya kerja cemerlang di sekolah.

Seterusnya menyumbang kepada

keberkesanan sekolah mencapai tahap

Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster

Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi

Tinggi.

INTEGRITI MENJADI AGEN

PELAKSANA KURIKULUM

Keberkesanan dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum

adalah dengan kesediaan agen pelaksana dari segi

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

berhubung rapat dengan kebijaksanaan pendidik

dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap dan

kebolehan pelajar. Antaranya ialah pelaksanaan

Komuniti Pembelajaran Profesional / Professional

Learning Community (PLC) yang merupakan

perkongsian visi, kerja dan usaha secara kolaboratif

bagi menghasilkan kemahiran, pengetahuan pendidik

secara maksimum. Keseluruhan strategi PLC

membolehkan pendidik berkongsi pelbagai

pengetahuan, kemahiran, strategi, kaedah, bahan,

sumber, pengalaman dan sebagainya bagi memenuhi

keperluan kepelbagaian pelajar dengan cara yang

sistematik.

Ini adalah selari dengan penyebaran Modul Komuniti

Pembelajaran Berkesan telah dilaksanakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu

usaha dalam Program Transformasi Kerajaan

(GTP1.0) yang melibatkan pendidikan dalam salah

satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Fokus adalah untuk membolehkan semua pelajar

mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti

dan mampu menguasainya dengan baik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pendidik merupakan satu entiti

penting dalam organisasi pendidikan yang mampu

membentuk pendidikan berkualiti bertaraf dunia.

Pendidik juga merupakan medium dalam

merealisasikan pendidikan murid dalam mengharungi

cabaran dan kurikulum pada masa kini di tahap yang

lebih tinggi. Oleh itu, tugas, komitmen dan

akauntabiliti pendidik perlu diperbaharui dan

diperbaiki dari semasa ke semasa bagi mencapai

kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.

Pendidik perlu mempunyai kesedaran diri yang tinggi

dalam mencapai pendidik berintegriti agar dapat

menjadi penyebar ilmu yang berkemahiran

professional.

Tanya dirimu..

Adakah kau guru

Yang mengajar seikhlas hati

Yang berusaha dari hati

Atau....

Hanya mengharapkan gaji

Hadirnya pagi baliknya tengah hari

Kata-kata guru didengari

Perwatakan guru disayangi

Perbuatan guru dicontohi

Menjadi inspirasi pada cahaya

Yang bakal menyinari nanti

Luaran guru itu biasa-biasa

Dalamannya luar biasa

Akhiran itu yang diharapkan

Agar ada yang iringkan

Untuk hidupan disana

Selagi kerjanya guru

Ajari..tunjukilah yang benar

Yang salah diperbaiki

Yang benar dipersetujui

Biar tidak didendang di bumi

Moga kita didendang akhirat sana.

Oleh: Siti Azeana binti Zulkifli, UI KPM

9

Page 10: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Setiap kali kita ingin menikmatimakanan dan minuman, kita berdoa kepadatuhan agar di berikan barakah daripadarezeki yang akan kita santapi. Setiap kanak-kanak muslim juga dididik sejak daripadatadika lagi untuk berdoa sebelum makan.Barakah daripada rezeki itulah yang kitahajatkan.

Manusia telah menghabiskan sebahagian besar dari

waktu dan umur untuk mencari rezeki. Dalam usaha

mencari rezeki, niat yang ikhlas dan dengan cara secara

halal, ia dikira sebagai ibadah kepada Allah SWT.

Tuhan sentiasa memudahkan hambanya dalam usaha

mencari rezeki. Oleh itu, janganlah kita lupa kepada

apabila kita telah mendapat rezeki (nikmat) dari-Nya.

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor

semut tentang berapa banyak makanan yang

diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut

menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir

gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut

tersebut di dalam sebuah botol dengan diletakkan

bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Botol itu

kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara

masuk ke dalamnya).

Cukup tempoh setahun, botol itu pun dibuka semula

oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya

separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum

itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi

Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan

sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah

berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol

rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT dan dia

yakin tuhan pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab

itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman

a.s), dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat

cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan

manusia. Mana tahu jika manusia itu terlupa lalu

mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun?

Apa akan jadi padanya?

Pengajaran yang boleh diperolehi daripada kisah ini adalah

semut lebih yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah

SWT berbanding jaminan manusia. Untuk menghadapi

kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat,

supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih

mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah

ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan

ibunya lagi. Kita perlu yakin dengan sepenuh hati bahawa

setiap anak yang lahir ke dunia, tuhan telah menetapkan

rezeki untuknya. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha

Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya,

dari sekecil-kecil makhluk hinggalah sebesar-besarnya dan

tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.

Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakal

nescaya ia akan mendapat rezeki yang telah disediakan oleh

Allah SWT di muka bumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka

Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar

daripada kesusahan, dan diberikan-Nya rezeki dari

jalan yang tidak disangka-sangka, dan barang siapa

yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah

mencukupkan keperluannya”. (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Allah SWT akan membantu orang-orang yang bertakwa.

Segala kesulitan, kemiskinan dan apa-apa saja masalah hidup

yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan

oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT

akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka malahan

yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang

banyak dipermudahkan.

Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri,

“Kenapa rezekiku sempit? Buat berbagai usaha tetapi masih

gagal mencapai matlamat? Perniagaan merosot, puas berdoa

dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak

dimakbulkan-Nya?”

Perlu diingati, Allah SWT Maha Mengetahui apa akan

berlaku kepada para hamba-Nya. Kita perlu sentiasa berbaik

sangka dengan-Nya. Sentiasa berdoa dan tidak berputus asa.

Cepat atau lambat dikabulkan doa, itu adalah urusan tuhan

Yang Maha Esa.

Rujukan:

1. Ustaz Basir bin Mohamed Al Azhari, https://nursyirah.wordpress.com/2011/04/23/yakinilah-janji-allah-bahawa-setiap-

manusia-telah-ada-rezeki-untuknya/

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mengingati

Allah SWT. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada-Nya. Jika dapat apa

yang kita inginkan, bersyukurlah. Jika sebaliknya, bersabarlah dan bersangka baik dengan-Nya. Yang penting, kita mesti

tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Yakinlah dengan janji tuhan di atas qada dan qadarnya.

Oleh: NorQuyyum binti Mohd Noor, UI KPM

10

Page 11: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

Pokok kelapa bercabang tiga

Dikerat orang memakai gergajiSaya cuma hendak menduga

Sejauh mana sumpah dan janji

Anak ayam di atas pagarTurun ke tanah memakan padi

Kalau hutang wajib dibayarKalau janji wajib ditepati

Benang bertali

Anak putu dikasi makanTeguh-teguh memegang janji

Seperti paku lantak di papan

Apa guna tanam keranjiKalau tidak manis menggula

Apa guna janji-janjiKalau kata tidak dikota

Buluh aur jangan dibelah

Titi dibuat berikat akarTeguh setia tidak berubah

Janji ikrar jangan bertukar

Angkut-angkut hinggap di bukitMembuat sarang di pokok rending

Walau tertangkup bumi dan langitJanji tidak saya uraikan

Orang Jawa hilir ke kuala

Beli kain selepas BaliAdik suka abangpun suka

Boleh kita mengikat janji

Sumber: Kurik Kundi Merah Saga

Oleh: Juarina binti Hassan, BTP Negeri Sembilan

Bahasa Integriti

Menuntut untuk dibaca sepenuh hati

Diungkapkan morfologi dengan telus

Diucapkan fonologi dengan tegas

Dibicarakan diksi dengan amanah

Disuarakan konotasi dengan benar

Bahasa integriti

Bukan sekadar untuk difahami

Bukan sekadar untuk dihayati

Bahasa integriti menyerlahkan identiti

Membentuk peribadi

Mulia dan diamalkan

Bahasa integriti.

11

Page 12: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

KURSUS INTEGRITI KPM SIRI 1/201727-30 Mac 2017 | PLGDP Seri Tualang Temerloh Pahang

PENGISIAN:

Pemerkasaan Disiplin & Tatatertib

Penjawat Awam

Psikologi & Kaunseling Dalam

Integriti

Integriti Pengurusan Kewangan

Gaya Hidup Sihat

Pelan Integriti Nasional & Aku

Janji

Rasuah, Penyelewengan & Salah

Guna Kuasa

Integriti Keluarga & Komuniti

Pre & Post Test

12

Page 13: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

P R O G R A M W A C A N A I N T E G R I T IS I R I 2 / 2 0 1 7 | 4 MEI 2017 | DEWAN SERBAGUNA, ARAS 9, E12, PUTRAJAYA

ANJURAN BERSAMA : UNIT INTEGRITI & PUSPANITA, KPM

YBhg. Dato’ Hj. Abdul Samat bin KasahPengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM

13

Page 14: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

14

Page 15: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

15

Page 16: BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017 - moe.gov.my

16